Skip to main content

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca.


Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.
 
Bagi golongan usahawan yang suka membaca buku, sebahagian besarnya hanya membaca buku dalam bidang yang mereka suka. Jarang mereka membaca buku yang topiknya di luar bidang yang mereka gemari. Hal ini pasti membataskan inovasi dan kreativiti bisnes mereka untuk jangka panjang.
 
Tokoh-tokoh korporat yang saya temui, mereka sangat kuat membaca. Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Mustapha Kamal, Tan Sri Ali Hashim, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh Hong Piow dan Dato' Seri Nazir Abdul Razak merupakan antara tokoh usahawan yang menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian mereka.
 
Ada sebaris kata yang saya ingat sampai sekarang. Gunakan soalan ini untuk bertanya kepada tokoh yang anda kagumi, "Don't tell me what books you read, tell me the ones you reread." Cari buku yang benar-benar memberi bekas dalam hidup mereka. Anda akan temui sesuatu.
 
RM 1 juta bukanlah tentang duit. Ia adalah tentang sasaran untuk menggerakkan minda agar menjadi lebih kreatif. Begitu juga dengan jutawan dan super jutawan dunia yang mensasarkan jumlah buku yang mesti dibaca pada setiap sehari. Mereka bukan mahu menjadi profesor, mereka mahu menjadi lebih kreatif dan menguatkan kognitif agar bisnes mereka kekal relevan dalam pasaran.
 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/6/2020 e-NS : ASRJ 06. Ikuti saya di saluran-saluran berikut :
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Bukan Bekas Raja Permaisuri Agong Sahaja Yang Kena Tipu

Saya menyokong penuh tindakan bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman, menfailkan saman terhadap Uncle Seekers yang semakin melampau dan menjatuhkan aib bekas Permaisuri Agong itu (baca di sini) . Saya sudah lama mengikuti kisah tersebut, tetapi tidak berminat untuk membuat apa-apa posting berkenaan dengannya, hal ini adalah disebabkan, saya sememangnya tidak berapa suka dengan anak penulis buku politik yang tidak mempunyai prinsip perjuangan itu. Pada hujung tahun 2007, saya bersama dengan rakan baik saya saudara Anuar Manshor (bekas editor Dewan Kosmik) pernah bertemu dengan Uncle Seekers bagi tujuan memperoleh info berkenaan dunia paranomal yang menjadi minat dan penyelidikannya. Dalam pertemuan yang sangat lama, saya secara tidak langsung dapat menghidu sikap dan kehidupan Uncle Seekers "yang tidak seberapa nak kena" itu dengan pantas dan kemas. Kritikan pedasnya terhadap pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan Islam seperti Dr Harun D