Skip to main content

Rahsia Besar Storytelling!

RAHSIA BESAR KANDUNGAN DALAM MANA-MANA storytelling ialah ‘musuh yang paling kuat’. Mari sama-sama kita fahami. Apakah yang menyebabkan sesebuah cerita menjadi epik? Ramai yang berpandangan ia disebabkan ‘karakter’. Apakah Hang Tuah menjadi epik kerana karakternya yang perkasa, setia, bijak dan kuat semata-mata? Jawapannya – tidak!

 
Storytelling yang hebat adalah hubungan antara karakter dengan konflik. Pertarungan antara mereka berdua adalah konflik. Hang Tuah berjaya membunuh pendekar Jawa yang kebal Si Taming Sari. Majapahit akhirnya menghormati Sultan Melaka, semua ini adalah ‘hubungan’ yang terbentuk antara konflik dengan karakter. Kematian Taming Sari menjadikan Hang Tuah super hero yang kebal dan tidak terkalah.
 
Konflik ialah jantung setiap kisah epik yang hebat. Batman memerlukan Joker, Daenerys memerlukan Lannister dan Luke Skywalker memerlukan Darth Vader. Lazimnya musuh yang hebat memaksa pahlawan menjadi pahlawan. Inilah konflik yang menghasilkan kekacauan. Kekacauan dihasilkan oleh penjahat dan penjahat mengaktifkan tindak balas daripada pahlawan (hero) – hubungan antara konflik dengan karakter inilah yang membina storytelling super hebat.
 
The Dark Knight adalah contoh yang baik. Batman tidak terlibat apa-apa dengan Joker. Batman terpaksa bertindak kerana kekacauan yang dicetuskan oleh Joker. Hero atau wira adalah penawar untuk semua jenis kekacauan. Kekacauan berfungsi untuk melahirkan penjahat, kejahatan dan musuh.
 
Penjahat atau musuh tidak semestinya manusia. Penjahat hanya perlu menjadi sumber kekacauan dan pergolakan yang hebat. Musuh atau penjahat boleh sahaja berwajah alam semesta (Armageddon) atau teknologi (The Terminator dan The Matrix) atau kuasa asing (Alien dan The Independence Day).
 
Apakah maknanya semua ini kepada kita? Semua jenama besar di dunia mengetahui hal ini. Setiap kisah pemasaran yang hebat memerlukan karakter penjahat atau musuh. Siapakah ‘musuh’ kepada Apple? Microsoft?, siapakah ‘musuh’ kepada Coca-cola? Pepsi?, Siapakah ‘musuh’ kepada McD? KFC?, Siapakah ‘musuh’ kepada Amazon? Kecekapan dan kepantasan?, Siapakah ‘musuh’ kepada Tesla? Iklim dan persekitaran yang sukar?, Siapakah ‘musuh’ kepada Google? Teknologi carian ‘jahat’?. Penjahat tidak semestinya manusia, apa-apa sahaja yang mencetuskan huru-hara dan kekacauan yang menarik perhatian – jadi bina hubungan antara karakter (produk) dengan konflik dan tawarkan cerita penyelesaian.
 
Nah! Sekarang apakah produk atau servis anda? Siapakah ‘musuh’ dan penjahat yang anda lihat boleh mencetuskan ‘huru-hara dan kekacauan’? Bina cerita hebat untuk menentangnya! Dan jadikan cerita anda cerita pemasaran yang super hebat. Selamat mencuba. 
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding, keusahawanan, marketing dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Sokong Sebulat Suara

Itulah hakikatnya - orang kafir sama sekali tidak akan redha dan berasa senang dengan orang-orang yang beriman. Namun demikian, pelik masih ada ulama yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan meninggalkan orang yang beriman. Golongan ini pasti akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Apa-apa pun saya menyokong penuh cadangan Mufti Perak di bawah : KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pihak berkuasa agama digesa supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi. Menurutnya, pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun. “Mereka ini tidak pernah berhenti cuba menyesatkan orang Islam