Skip to main content

Benarkah Orang Berniaga Orang yang Tidak Normal?

RAMAI ORANG MENDAKWA ELON MUSK IALAH AHLI PERNIAGAAN yang 'tidak normal'. Seolah-olah itu adalah perkara buruk. Jiran atau kawan anda yang 'normal' tidak akan membawa kita ke Marikh. 
 

Kata Thomas J. Peter dan Robert H. Waterman JR, "Keseluruhan penyelidikan tentang otak kiri dan kanan benar-benar memberi kesan bahawa bidang perniagaan adalah 100 peratus dipenuhi dengan manusia yang sangat tidak rasional." Itulah rumusan di dalam buku terkenal mereka In Search of Excellence.
 
Secara umum, terdapat dua cara untuk 'menjadi sangat tidak rasional' dalam perniagaan, kerana dalam perniagaan anda perlu menghasilkan nilai untuk berjaya.
 
Pertama, cuba jadi yang terbaik dalam satu perkara tertentu - contoh Stephen King atau JK Rowling adalah antara storytellers terbaik di dunia. Tetapi tidak ramai antara kita yang boleh menjadi seperti mereka berdua. Jalan itu tidak benar-benar terbuka, hanya untuk 1 peratus sahaja.
 
Cara kedua, seperti yang disarankan oleh Scott Adams, ialah mengembangkan pelbagai kemahiran yang anda miliki agar semua kemahiran atau bakat itu dapat berfungsi dengan baik. Ini membezakan anda dan menjadikan anda lebih berharga dan bernilai daripada para pesaing anda. 
 
Jika anda seorang designer, pastikan anda juga mempunyai kemahiran menjana idea yang tidak dijangka dan luar biasa. Jika anda seorang editor, pastikan anda juga seorang penulis yang mahir banyak laras penulisan. Jika anda seorang jurujual, pastikan anda juga ada kemahiran psikologi. Jika anda seorang yang terlibat dengan pemasaran, anda mesti mahir bercakap seperti orang politik. Jika anda seorang pengasas produk, anda harus ada kemahiran memimpin. 
 
Jika anda seorang penceramah anda harus ada kemahiran menganalisa dan jika anda seorang jurufoto anda mesti ada kemahiran mengemudi dron. Semua ini sekadar contoh. Himpunkan kemahiran untuk bina keunikan dan menyelesaikan masalah yang pelbagai. 
 
Apa-apa sahaja perniagaan yang anda pilih, pastikan anda mempunyai kemahiran asas + extra skill yang pelbagai. Sekali lagi, jika anda boleh menjadi lebih baik daripada 80 peratus orang lain dengan tiga kemahiran atau lebih, maka anda akan lebih berjaya dan berada dalam kelompok 20 peratus teratas. Anda lebih menonjol daripada orang lain. Dalam perniagaan anda harus menjadi sedikit 'tidak rasional' untuk memposisikan differentiation yang anda miliki agar kekal menjadi unik dan bernilai pada kaca mata pelanggan anda!  
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020. Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri
 
 

Comments

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...