Skip to main content

Musuh Utama Manusia adalah Keraguan dan Ketakutan

SEPATAH KATA WILLIAM WRIGLEY, "MUSUH UTAMA MANUSIA IALAH KERAGUAN DAN KETAKUTAN."  Seandainya kesimpulan ini mampu dihadapi, kita berupaya terbang bebas umpama burung Camar menghiasi birunya langit.
 

Kanye berhutang USD53 juta untuk membiayai Yeezy. Steve Jobs dipecat dari Apple dan kemudian kembali beraksi memacu kegemilangan. Elon memperoleh USD180 juta daripada PayPal, kemudian terus melabur sebanyak USD100 juta di SpaceX, USD70 juta di Tesla dan USD10 juta di Solar City. Pemenang bermain untuk menang. Percaya pada diri sendiri dan melawan rasa ragu dan takut yang terpahat di dalam sanubari. Albert Einstein gagal matematik di sekolah menengah. JK Rowling, manuskripnya ditolak oleh 15 buah syarikat penerbitan. Walt Disney diberitahu bahawa dia tidak mempunyai khayalan yang cukup untuk maju. Kisah-kisah orang yang berjaya ini asalnya adalah kisah kegagalan. Setiap daripada kita memiliki sisi kegagalan yang tersendiri. Tetapi yang terbaik daripada kita ialah mereka yang sanggup bangkit semula.
 
Teringat lirik lagu popular Bon Jovi, "We weren't born to follow".....Come on and get up off your knees, when life is a bitter pill to swallow...
 
Hidup umpama sebiji pil yang pahit untuk ditelan, tidak ditelan tubuh akan menderita kesakitan, jika ditelan terasa pahitnya. Pilihlah untuk menelan kepahitan yang sementara untuk kejayaan dan kesihatan yang berpanjangan. Jangan pernah rasa putus asa.
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y