Skip to main content

Mahathir Menyerang Lagi...

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

“Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit. 

Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem terakhir parti rakan komponennya, MCA. Dr Mahathir tidak berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada parti Islam PAS mahupun parti bandar PKR yang diketuai bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata slogan “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan oleh DAP memperjuangkan meritrokasi kaum, mendakwa ia ditiru daripada parti di Singapura, PAP - yang kini merupakan parti pemerintah republik itu - dan menggunakan taktik itu untuk melemahkan pengaruh masyarakat Melayu. “Apabila Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti di Cina Gelang Patah adalah kerana dia mahu orang Cina di sana dan di Johor untuk menolak kerjasama dan perkongsian dengan orang Melayu.

“Satu konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur.” Beliau menambah, “Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang Gelang Patah.”Perdana menteri keempat tersebut, yang merupakan musuh utama Lim di Parlimen sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu berkata bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, “konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama” akan menyebabkan pembangunan negara terganggu.

“Atas sebab ini keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 di negara ini. “Adakah DAP akan mengakhiri persahabatan Melayu-Cina dan kerjasama di Johor atau “ kongsi” akan kekal sebagai asas hubungan kaum di Johor dan di Malaysia?” soal beliau lagi. Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, manakala masyarakat Cina adalah minoriti yang terdiri daripada satu perempat tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang berpengaruh.

Lim, yang mengetuai DAP di Johor mengharapkan tsunami politik di selatan, mensasarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 83 kerusi parlimen untuk PR di kubu BN di Johor, Sabah dan Sarawak. Pemangku ahli parlimen Ipoh Timur tersebut baru-baru ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah, Johor yang dilihat sebagai salah satu strategi pembangkang untuk menyapu bersih kerusi yang dipegang oleh MCA di selatan tanahair. Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu. 

Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April. Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y