Skip to main content

Apakah Ini Akan Melemahkan Semangat Mereka?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu, terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JJAIS) dan badan itu. Hakim Datuk VT Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah JAIS Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS bagi membatalkan saman itu.

Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu. Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan.

Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Dis tahun lalu yang kemudiannya disiarkan Utusan Malaysia pada 17 Dis, tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu. Hakim Singham berkata kenyataan itu juga tidak pernah merujuk bahawa Mohd Kamilzuhairi adalah seorang anggota atau ketua kumpulan Syiah, dan ia hanya merujuk kepada satu kumpulan ajaran Syiah sahaja.

"Oleh itu, kenyataan tersebut tidak boleh dianggap atau dibuat sebarang andaian merujuk kepada plaintif (Mohd Kamilzuhairi) melainkan plaintif sendiri yang merasakan ia merujuk kepadanya," katanya.

Beliau berkata jika kenyataan itu dibaca secara keseluruhan, pembaca tidak akan merujuknya kepada plaintif. Bagaimanapun, Hakim Singham berkata plaintif sendiri dalam pernyataan tuntutannya mengakui beliau adalah pengikut ajaran Syiah.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada apa-apa asas yang boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada plaintif atau mana-mana individu," katanya. Hakim Singham juga memutuskan saman yang difailkan Mohd Kamilzuhairi itu tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Hakim itu juga memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos berjumlah RM3,500 kepada kedua-dua defendan berkenaan. Dalam samannya, Mohd Kamilzuhairi mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Dis 2010, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Dis.

Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. Mohd Kamilzuhairi mendakwa kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan JAIS terhadap markas Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 15 Dis tahun lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat.

- Bernama

Comments

jiman said…
sokong SYIAH ye.. lahanat kau ni

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y