Skip to main content

Ridhuan Tee Mangsa Terbaru Malaysiakini!

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia? (Sambung bacaan anda di sini..)

Comments

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...