Skip to main content

Tahniah Mufti Selangor!

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor. Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor. Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis. Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

putrarahman said…
Tahniah Mufti Selangor. Mufti negeri lain, bila lagi nak keluarkan statement.
Anonymous said…
dan kita orang islam yang lain patut bakar aje buku buku terjemahan tu.
Anonymous said…
Tanniah mufti Selangor, saya menyokong penuh tindakan tuan. Apakah agenda tersirat golongan yang mahukan kitab bible dalam bahasa melayu?

Fikir fikirkan lah.
nak tengok mufti kelantan main silat dgn kenyataan nik aziz yg menghalalkan penggunaan kalimah Allah in the first place
Anonymous said…
satu pandangaan saja,kapada orang yang mencari ISLAM tuan/puan tidak payah gusar,sebab tuan/puan bagitu yakin dengan maha pencipta iaitu ALLAH SWT.sekiranya kitab itu dibaca sekali pun untuk pengatahuan saja.bagi orang yang mengikut Islam kemungkinan akan timbul kecelaruan fikiran sebab tiada mempunyai pendindingnya.dalam Al-Quran ALLAH SWT meyuruh kita membaca bagi mendapatkan ilmu.membaca disini merangkul buku dan jiga guru.
azwandengkil said…
Jom ramai2 dtg ke Masjid Kg Dato Ahmad Razali Dengkil pada 23/3/2011 dan kita ucapkan tahniah kepada beliau. Beliau akan menyampaikan kuliah bulannnya disitu.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
shamshul anuar said…
Saudara azli,
Tindakan Mufti selangor memang tepat. Ada pekara yang boleh dikongsi dengan bukan Islam seperti negara, bahasa tetapi bukan nama "Allah".

Berkongsi nama "llah" boleh mengeirukan DAN AKHIRNYA MEMANG PASTI MEMBAWA KEPADA KEKELIRUAN.

Terus terang cakap, berkongsi nama bertujuan melunakkan umat Islam pada konsep ketuhanan mengikut pndangan Kristian. Awak sembah Allah. saya( orang Kristian) sembah Allah juga.

Allah yang orang Islam sembah ialah Tuhan yang satu. Allah yang Kristian sembah ialah Nabi isa. Akhirnya mungkin ada orang Kristian cakap apa beza Allah dengan Nabi Isa. dan kita pun mungkin terkeliru. Maklumlah nama pun sama.

Sedangkan ramai orang Islam tertipu dengan Kedai bukan Islam yang letak perkataan Arab dalam kedai makan mereka.

Saya yakin yang beria-ria mahu nama Allah dibenarkan pada bukan Islam tidak jujur. Mereka hipokrit. Mereka jadikan isu besar ADUN bukan Islam pakai songkok.

Mereka bertegas tidak mahu satu sekolah untuk semua rakyat. Kononnya itu hak mutlak mereka. Sekolah untuk semua dikhuatiri akan hilangkan "Kecinaan" mereka.

Mereka bertegas mahu "Mandarin is required" dalam iklan cari kerja walaupun mereka lebih gemar berbahasa Inggeris walaupun nahu tunggang langgang.

Anihnya dalam hal kitab suci, mereka bertegas mahu guna Bahasa melayu dan tak kisah pula berkongsi nama dengan umat Islam.

Apa semua ini? Tak lain tak bukan untuk tarik umat Melayu masuk Kristian. Dan cara paling "afdal" pada mereka ialah kongsi nama "Allah".

Kepada ahli politik Melayu yang begitu mementingkan perasaan bukan Islam sampai tahap gadaikan ugama, maka tunggulah bala Allah SWT.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y