KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.
"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.
Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.
"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.
Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.
"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.
"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya. Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat. Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.
Ulasan saya : Saya fikir ini merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut sensitif ini daripada terus dipolitikan. Isu ini sama sekali tidak akan dapat diselesaikan di mahkamah - ia sama sahaja dengan kes liwat Anwar Ibrahim. Isu penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya akan selesai jika pihak mereka sendiri menggugurkan kes tersebut demi keharmonian di negara ini. Hal ini sinonim dengan isu liwat Anwar Ibrahim - hanya dengan melakukan sumpah Mubahalah sahaja Anwar bisa menyelesaikan kesnya ini - dan nama baiknya akan dapat dibersihkan kembali. Wallahualam.
Comments
Semua yang berlaku menguji umat dan pasti ada rahmat tersembunyi.
Jangan samakan dengan kes Anwar Ibrahim yang menggunakan 'ugama' bila tersepit dan menggunakan 'ugama' untuk melepaskan diri dan menggunakan 'ugama' untuk meraih undi dan menggunakan 'ugama' untuk mendapat simpati dan menggunakan 'ugama' untuk tunjuk alim diri dan menggunakan 'ugama' untuk eksploit alim ulama.
TERIMA KASIH PADA TUAN BLOG, ARTIKEL YG PALING BAIK PENUH DENGAN MAKLUMAT.
SEMUGA NEGARA DAPAT MENCARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK BAGI MENANGANI ISU INI.
YANG LEBIH MASALAH SEKARANG ADA PIHAK YANG TERUS MEMPERMAINKAN ISU INI BAGI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA..
A KATA KERAJAAN B KATA MEREKA.
B KATA KERAJAAN A KATA MEREKA.
Anak anak muda kristian lagi akan keliru kerana setelah mereka menerima dan menggunakan Kalimah Allah itu tindakan orang Islam pula akan memperjelaskan dengan terang dan terbuka tentang Allah itu yang nantinya akan mengelirukan orang Kristian pula.
Lepas tu apa pulak nak jadi .... Janganlah mereka lupa kepada sebab kenapa semakan Bible bernama Bible King James dibuat dalam tahun 1769 itu.
Dalam kes kalimah Allah ini saya berpandangan ianya tidak akan menjadi satu polemik, perdebatan dan ketegangan sekiranya pihak yang berwajib telah bertindak awal, proaktif di dalam tindakan dengan menghalang akhbar Herald tribute membawa kes ini ke mahkamah. Sepatutnya pihak yang berkenaan juga perlu memainkan peranan yang lebih dalam hal-hal ini dan bukannya lebih proaktif dalam hal-hal yang melibatkan 'politik'. Saya amat yakin sekiranya pihak yang berkenaan bertindak awal dan bijak dalam hal sebegini tidak akan berlakunya kes2 pembakaran gereja, ketidakstabilan dsbnya.
Seperkara lagi yang harus diberi perhatian ialah pemantapan akidah umat Islam bukan pada kalimah tetapi kepada penghayatan ajaran Islam itu sendiri. Tak guna sekiranya kita bermatian kerana kalimah tetapi jiwa dan kiblat kita masih lagi kepada amalan yang berteraskan 'songsangan' kepada syariat Islam yang telah berjaya diserapkan oleh pihak kristian tanpa kita sedari....Apa guna kita berpolemik dengan kalimah Allah tetapi dalam masa yang sama persekitaran kita terlalu banyak hakikat yang jauh melewati sempadan kalimah itu sendiri.
Kalimah Allah sememangnya khusus untuk Islam sesuai dgn lafaz Syahadah Tiada Tuhan Yang berhak Disembah Melainkan Allah...Allah Hu Rabbi, Muhammad Penghuluku,Islam Agamaku, Kaabah Kiblatku, Al Quran panduan dan peganganku, Umat Islam saudaraku
Wallahua'lam.
abang tuah - terima kasih
terima kasih komen tuan2 semoga Allah merahmati kita.