Skip to main content

Cara Terbaik Penyelesaian Isu Kalimah Allah


SERUAN DAKWAH!


Saya mengambil kesempatan sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam menyeru kepada semua penganut Kristian di Malaysia agar berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sahajalah kamu semula akan beroleh keselamatan di dunia mahu pun diakhirat. Saya mengulang apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah 1431 dahulu yang berbunyi, "Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat". Maka, atas dasar itu, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri -menyeru kepada semua penganut Kristian di negara ini agar mengucaplah kalimah tauhid, Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah) sekaligus secara rasminya tuan-tuan menjadi orang Islam. Hanya dengan cara ini sahaja, keamanan di Malaysia akan sama-sama kita nikmati.


Saya juga menyeru kepada semua ahli DAP agar segeralah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, semoga kita beroleh keamanan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tiada gunanya jika tuan-tuan yakin dengan keadilan Islam, seandainya tuan-tuan masih ragu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah yang Maha Esa. Wahai ahli-ahli DAP dan Gereja Katolik! Kembalilah kamu semua kepada Sang Pencipta yang Maha Agung - Jika benar kamu yakin bahawa nama Tuhan kamu ialah Allah - maka mengucaplah dua kalimah tauhid itu - agar kamu menjadi orang-orang yang beriman dan beruntung. Jaganlah kamu ragu-ragu lagi, sesungguhnya sudah nyata antara yang batil dan yang hak - maka berimanlah segera wahai ahli-ahli DAP dan Gereja Katolik! - Marilah sama-sama kita membesarkan Allah - Tuhan Sekalian Alam - Percayalah isu Kalimah Allah hanya akan selesai andaikata semua penganut Katolik meninggalkan agama mereka dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan menjadi orang Islam. Percayalah inilah sebaik-baik penyelesaian dan keselamatan. MAHA BESAR ALLAH, MAHA BESAR ALLAH, YA MALIK AL MULK!

Comments

Anonymous said…
senang berdakwah tanpa jihad kan...
tapi kenyataannya DAP dan Katolik tidak mudah menyahut dakwah...
nafi isbat...
tidak memberi bekas...
menerima taubat...
menolak triniti...
membunuh atau terbunuh sama saja...
tetap yg emberi bekas tentu bukan triniti
Anonymous said…
mohon kpd ALLAH azzawajjalla dilinguni daripada syirik tersembunyi kepartian amin
zeme said…
Salam,

Saya berpendapat peristiwa ini tidak akan berlaku sekiranya pelbagai pihak mengambil sikap bertanggungjawab dalam menghormati isu apa jua berkaitan agama. Isu ini mungkin lanjutan kesan kepada status perlembagaan yang terlalu mudah memberi "muka" untuk sebarang permasalahan berkaitan agama di bawa hadap ke Mahkamah. Apabila isu berkaitan dan menyentuh agama di bawa ke Mahkamah, bermakna status agama itu sendiri telah dipersoalkan dan dipertikaikan kewibawaan serta kesuciannya wahal perlembagaan telah jelas menjelaskan dan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara Malaysia dan juga mesti menghormati agama-agama lain. Jadi kenapa perlu bermain dengan api dengan mempertikaikan isu agama ini sehingga dibicarakan ke Mahkamah?

Saya mencadangkan suatu penggubalan perlembagaan di buat dengan kuasa YDP Agong bagi menwujudkan serta menguatkuasa menrizabkan apa jua bentuk entiti penggunaan yang melibatkan kesucian agama Islam atau agama-agama lain. Jangan hanya kerana kesan 1Malaysia kita beranggapan ia boleh diterjemahkan juga sebagai konsep 1Agama.

Saya berharap selepas ini bilamana penguatkuasaan perlembagaan di buat, tiada lagi pihak penerbitan seperti Herald akan membawa isu agama ke Mahkamah. Jika tidak, mungkin selepas ini ada pula pihak penerbitan yang membawa usul bicara di Mahkamah untuk mengunapakai kalimah suci bagi agama Buddha, Hindu dan sebagainya.

Wasalam.
azlishukri said…
anony 2:12 - jihad mempunyai erti yang luas, termasuk jihad melalui tulisan dan ucapan

zeme - saya sependapat dgn saudara, dan apa-apa yg berlaku pada ketika ini adalah berpunca daripada penafsiran undang-undang.
ustaz nor amin said…
salam ziarah, linkkan blog saya di sini, sebagai pengerak dakwah untuk menyebarkan Islam di seluruh umat
azlishukri said…
sudah link blog ustaz
ustaz nor amin said…
salam terima kasih linkkan blog saya di sini, saya masukkan blog anda di mega link saya, terima kasih kerana sudi bekerjasama, saya doakan anda semoga dimurahkan rezeki dan diberikan nikmat kesihatan dari Allah
azlishukri said…
terima kasih ustaz.
Faizal Tajudin said…
Salam kepada tuan rumah dan rakan-rakan, Saya amat tertarik dgn tajuk ini. Saya fikir mungkin hampir atau sudah sampai masanya seruan dakwah yang lebih "TERKEHADAPAN" harus dilakukan oleh para pendakwah dalam MENYERU kepada semua yang bukan muslim untuk mengenali dan memahami ajaran Islam itu sendiri. Memang benar hidayah daripada ALLAH itu adalah penyebab kepada berubahnya seseorang itu untuk memeluk Islam. Tetapi kalau diikhtiarkan usaha yang lebih berkesan untuk menarik mereka, mungkin boleh berhasil sedikit demi sedikit. Selama ini aktiviti dakwah menjurus kepada membawa umat Islam itu sendiri kembali ke landasan yang benar, tetapi bagi mereka yang mungkin boleh berubah dibiarkan begitu sahaja. Takut-takut di "HARI KEMUDIAN" nanti kita turut boleh dipersalahkan kerana tidak cuba berdakwah kepada mereka, setelah sekian lama mereka bergaul dengan kita.... Saya bukan ustaz tetapi sekadar memberi pendapat.. Wallahualam..
Anonymous said…
Berlaku adil dan berihsan tatkala kita berkuasa penuh adalah sebaik-baik dakwah. Lihat sejarah dahulu, orang tawanan perang pun tertarik dgn akhlak yg dibawa oleh tentera Islam.

DR NO
azlishukri said…
Dr No - saya setuju
azlishukri said…
faizal - saya sependapat

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini (baca di sini) . Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu : 1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yan