Skip to main content

Terima Kasih Kerajaan : Jadilah Manusia Yang Bersyukur


Terima Kasih Kerajaan!
Jadilah Manusia yang Bersyukur



Terima kasih kerajaan! Oleh kerana esok (10/09/2009) gaji bagi kakitangan kerajaan akan masuk ke akaun masing-masing, maka saya mengambil kesempatan ini untuk menasihat sesama kita agar sama-samalah kita berjimat-cermatlah dalam berbelanja. Banyakkan bersedekah dan kurangkan pembaziran dengan membeli barang-barang yang tidak perlu sempena musim perayaan ini. Apa-apa pun janganlah lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan bersyukurlah kepada Allah dengan apa-apa rezeki yang diberikannya. Janganlah kita menjadi manusia yang lupa diri dan mengutuk serta mencaci pihak kerajaan yang selama ini memberi kita peluang pekerjaan untuk kita menyara anak bini. Ingatlah, Allah tidak akan memandang orang yang tidak tahu bersyukur dan suka mencari buruk pihak lain, khususnya pihak kerajaan. Bagi para penyokong pembangkang atau ahli parti pembangkang yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, fikir-fikirkanlah, jasa kerajaan kepada hidup dan keluarga anda semua. Jangan kerana mengikut emosi, kita nafikan kebaikan pihak kerajaan. Jadilah manusia bersyukur, dan fahamilah maksud bersyukur itu bukanlah hanya dengan mengucap "Alhamdulillah" atau "Oh, terima kasih kerajaan" sebaliknya maksud bersyukur itu adalah dengan tidak memburuk-burukkan kerajaan yang juga merupakan majikan kita di samping tidak merendah-rendahkan para pemimpimnya. Wallahualam.

Comments

Aku Budak Baik said…
bro...
baca entri ini...mcm terkena batang idung sendiri.
Azuan wan said…
Bantuan khas kakitangan kumpulan sokongan RM500
Unknown said…
walaupun sikit, tp xpe. janji dpt dr xda. tengkiu!
bakmaipungkoq said…
Aku nk nasihat, jgnlah habiskan duit tu, cuba berhemat berbelanja. Kesian aku tguk org melayu jika berduit sikit, mata sepet tu jugak yg kaya. Apa sgt lah ada pd hari raya. Cuba fahami betul2 maksud hadis nabi. Baginda bukan suruh kita boros dan berhabis..
Majoriti kakitangan kerajaan adalah Melayu dan cukup mudah dibeli...dipermudahkan, diselesakan untuk mereka berbelanja dan masuk kantung peniaga majoritinya siapa?

Selepas raya, golongan inilah juga yang akan terlibat dengan hutang kad kredit, along dan bermacam masalah kewangan lain.

Penyelesaian masalah secara lunak sepatutnya sudah lama dihentikan mentaliti ini.

Kita hanya memerlukan sepasang pakaian baru untuk bersolat aidilfitri dan juadah sederhana untuk sekeluarga dan tetamu - selebihnya adalah kerja syaitan.
YANG GAMBI said…
Salam, bersyukur kepada Allah yang memelihara kerajaan yang tidak berhenti perihatin kepada rakyat. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia.

Hanya mereka yang telah dibutakan dan dipekakkan sahaja yang tidak pernah berterima kasih.....
~PakKaramu~ said…
Berjimat cermat itu amalan islam
Ashley Ahmed said…
Salam,

membazir itu sahabat syaithan!
Anonymous said…
shukur kehadrat Allah SWT. untung keja gomen, dapat jugak beraya. aku yg kerja swasta ni, apa pun tak dpt. beraya serba kekurangan tahun ni. Alhamdulillah.
Anonymous said…
salam azli,sesipa yg xsokong krajaan tu xpyh ambik duit tu..pulangkan ler....
Frodo Baggins said…
salam bro azli


bersyukurlah tuk meka2 yg dapat bonus nih. ((Gandalf wa kedekut x bg wa bonus wooo)) sob sob sob


xoxoxo x kesah sbb Frodo leh cilok beliau. ;)


Kepada yg dpt bonus selain rasa syukur berjimat cermat pownn okie gak. lagi2 mereka yg ader keluarga beso. huhu


selamat berpuasa
Cheguman said…
Kluangman menulis tanpa melihat realiti. Sekadar untuk menunjukkan diri sendiri seorang yang baik sangat.

QApatah lagi dengan ayat:
"Kita hanya memerlukan sepasang pakaian baru untuk bersolat aidilfitri dan juadah sederhana untuk sekeluarga dan tetamu - selebihnya adalah kerja syaitan"

Awas, bagaimana jika anda mempunyai lebih daripada itu? Tidakkah anda telah menjatuhkan hukum untuk diri sendiri?

Bagi saya Pakkaramu lebih rasional dan nasihat begitulah yang sepatutnya diberikan.

Saya tak dapat bonus tu tetapi saya amat lega kerana kerajaan tidak lupa kakitangan sokongannya walaupun keadaan ekonomi negara bukanlah baik sangat.

Alhamdulillah.
Anonymous said…
syukur kerana memberi sedikit wang tuk raya nie, namun kepada mereka yg berkata yg tak sokong kerajaan jgn amik duit tu, harap2 pikir baliklah.
Itulah masalah org Melayu amnya, di sua amik, hingga tak penah terpikir mana dtgnya duit tue.
Tidak terpikir kah tentang org swasta yg tidak dpt apa2 sdgkan membanting tulang lebih dr org kerajaan.
hans said…
bersyukur lah selagi rezeki ada tu...
dari tak dapat langsung
Tudung Duang said…
Ye la! Ye La!..

Yee lah...! Terima kasih jer lah!
Thank you! Namaste! Nandre! Arigato!

Tapi tahun depan kasi banyak sikit ah..
Anonymous said…
apalah sangat RM480 juta tu untuk rakyat berbanding komisyen RM500 juta untuk Geng-geng ..... + Razak Baginda + Mendiangnya Si Mogolia tu...jangan jadi tunggul sangat je..
ikan emas said…
gaji mmg la dapt...

yg duit raya tu...tak adil , ada yg dapt ada yg jd anak tiri.. wa nak marah ni!!
Anonymous said…
September 10, 2009 6:23 AM

tak habis2 nak jaja fitnah kehulu ke hilir. mana RPK yg kau bangga2 kan tu , kenapa menyorok?? kata ada bukti?? kata kawan dia npk rosmah yg bunuh altantuya?? bawa la bukti kenapa lari??

syed
penang free

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...