Skip to main content

Dato Adil 2009 : Di Sini Tiada Azli Shukri Lagi


Dato Adil 2009
Di Sini Tiada Azli Shukri Lagi


Dato Adil merupakan nama terkenal di dalam blog saya ini. Sejak blog saya ini muncul pada bulan empat tahun lepas, nama ini sering menimbulkan konfilk, misteri dan tanda-tanya. Awalnya, sejarah Dato Adil hanyalah sekadar memberi komen berkenaan isu KJ di blog saya, malah, saya juga tidak terlepas daripada dikritik hebat oleh beliau. Namun demikian, itu adat apabila kita berblog, jika takut dikritik, jangan main dengan blog.


Namun begitu, dipendekkan cerita, setelah saya dianiaya dan dizalimi, Dato Adil yang sebelum ini lantang mengkritik saya, tiba-tiba bertukar gaya, dengan memberi sokongan moral kepada saya, agar terus tabah menghadapi ujian di DBP. Dari situ, mulalah episod baru Dato Adil yang secara berterus-terang mengkritik DBP dan bahagian M. Rupa-rupanya, ada yang tidak senang dengan kebenaran dan komen yang ditulis oleh Dato Adil, lalu segera menyebarkan fitnah kononnya Dato Adil merupakan staf di bahagian M dan sengaja memburuk-burukkan nama DBP. Fitnah dahsyat ini tidak terhenti di situ sahaja, malah turut mengheret staf yang tidak berdosa ke kancah malapetaka, lalu staf ini ditukar ke bahagian lain, tanpa usul periksa. Adilkah semua ini? Eloklah mereka segera memohon maaf kepada orang yang telah mereka fitnah itu. Di bawah ini, saya perturunkan komen Dato Adil yang saya fikir ditulis dengan jujur melalui posting saya yang lepas, sengaja saya paparkan semula komen ini, agar semua orang dapat membacanya.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

PENJELASAN



Hari ini kita semakin menghampiri kepertengahan Ramadhan yang mulia ini. Secara sedar atau tidak masa terasa cepat berlalu. Beberapa hari yang lalu saya kebetulannya berkesempatan memberi komen perihal isu Dewan Bahasa. Tetapi seperti biasa, yang menjadi isu kembali ialah siapa saya (dato adil).



Saya dituduh kononnya saya ini penulis blog ini, ada juga yang tuduh saya staf di Dewan Bahasa dan segala macam lagi. Yang tidak menjadi masalah perbualan ialah masalah staf kontrak yang saya bangkitkan dan tidak lakunya majalah dewan bahasa di pasaran. Tidak pula menjadi isu tentang penyalahgunaan kemudahan seperti yang didawka beberapa blogger yang memberi komen kononnya ketua bahaian menggunakan kemudahan organisasi untuk melakukan kerja-kerja persatuan Puspanita yang tiada kaitan dengan majalah.


Seorang rakan saya mengatakan ketua bahagian gemar sangat bermesyuarat. ada dua mesyuaratnya. Satuynya Puspanita dan satu lagi mesyuarat majalah. Tetapi yang pelik persatuan dibuat pagi mesyuarat majalah di buat pukul 5.00 petang. Macam mana staf nak balik? Tapi saya simpati dengan staf majalah kerana mereka takut bersuara.


Saya pada bulan puasa ini mengaku yang saya bukan staf di Dewan Bahasa. Itulah realitinya. Tetapi saya pernah ke Dewan Bahasa berjumpa beberapa orang penting termasuk bekas ketua pengarah dahulu iaitu Datuk Firdaus, kini beliau Senator di Dewan Negara. Kalangan penulis veteren juga banyak saya kenali termasuk sasterawan. Jadi bukan sukar untuk memahami siapa yang berkerja di bahagian majalah. Lebih-lebih lagi banyak cerita kedengaran bukan sahaja dalam blog ini tetapi di kedai-kedai warung dan seumpamanya.


Berbalik kepada hal Majalah tadi, saya dari dahulu membangkitkan kepada Saudara Azli, ketika itu beliau masih lagi di Dewan Bahasa. Saya beri idea supaya majalah terjual laku. Tetapi katanya, setiap usaha untuk memajukan Majalah Dewan Ekonomi (kerana saya ingin jadikan Dewan Ekonomi terkenal dalam kalangan dunia korporat) hanya sia-sia. Yang akan diutamakan ialah majalah Masyarakat.


Dan selepas beberapa bulan saudara Azli tidak dilanjutkan kontraknya sehinggalah Majalah Dewan Ekonomi ini terumbang ambing dan hilang punca.



Malah, dalam satu keluaran misalnya, heboh orang mengatakan tentang fakta salah di bawah kendalian Editor baru. Tapi kalau kawan tak apa walaupun buat salah, kalau bukan kawan akan jadi satu mala petaka yang maha dahsyat.



Pernah juga ada dakwaan dahulu kononnya ada satu ruangan yang ditulis suami kepada ketua bahagian, artikel ditulis oleh staf bahagian tetapi menggunakan nama lain untuk dapatkan bayaran dan segala macam lagi.


Rasanya tidak perlulah saya memanjangkan cerita ini ini kerana akan dituduh sebagai pekerja di Dewan Bahasa. Saya bimbang terpaksa pula dipanggil staf lain untuk dimarahi gara-gara pandangan yang saya berikan. Yang baik dan benar datangnya dari Allah s.w.t, yang tidak benar maka daripada kelemahan diri saya sendiri.



Ulasan Saya
: Semoga penjelasan ikhlas daripada Dato Adil di atas ini akan melenyapkan segala fitnah kepada diri saya. Malah, ia juga sekaligus melenyapkan fitnah kepada saudari Ritah Yahya, mantan Editor Majalah Dewan Bahasa yang secara mengejut ditukarkan ke bahagian lain, dan selama ini dituduh kononnya menyamar sebagai Dato Adil, lalu beliau difitnah dengan sesuka hati. Berita sedih ini saya terima baru-baru ini. Soal pertukaran adalah hak Pengarah Jabatan, tetapi soalnya sekarang ialah siapa yang menjadi kaki cucuk yang menghasut dan memfitnah saudari Ritah, hanya Allah sahaja yang tahu. Eloklah rasanya mereka ini segera bertaubat dan memohon ampun kepada saudari Ritah. Jika tidak, bawalah dosa-dosa itu sekali ke alam kubur. Seharusnya, pada pandang saya bukankah lebih elok jika pandangan-pandangan yang terdapat di dalam blog ini baik melalui tulisan saya, mahu pun melalui komen daripada para blogger, dijadikan renungan dan bukan dengan membuangkan masa untuk mencari siapa kah Dato Adil, Hutan Nipah dan bloggers lain- ia tidak akan menyelesaikan masalah. Saya difahamkan, kita sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berbincang di warung bucu, di kafe Dawama dan di Kafe DBP semata-mata mahu membongkar misteri Dato Adil yang tiada penghujungnya.



Bukankah lebih baik dan mulia, masa tersebut digunakan untuk kita membincangkan pendapat dan kritikan Dato Adil terhadap DBP itu? Bukankah dengan cara itu ia berupaya membetulkan diri kita dan meningkatkan prestasi kerja kita melalui pandangan orang luar? Nampaknya, mentaliti kita masih ditakuk lama, kita benci orang mengkritik dan bercakap benar perihal diri kita sendiri. Saya fikir, kita harus bercakap jujur dan amanah, serta membaca komen-komen daripada Dato Adil dan Puteri Hutan Nipah dengan hati yang ikhlas dan jujur. Soalnya, apakah komen mereka semuanya itu tidak benar tentang DBP dan bahagian M? Tanyalah diri sendiri, dan bersikap jujurlah untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Selagi kita takut untuk bercakap benar, janganlah kita harapkan nasib diri kita akan diperjuangankan oleh orang lain pula. Fikir-fikirkanlah, semoga selepas ini tiada lagi sesiapa menuduh orang itu atau orang ini sebagai penyamar Dato Adil atau Puteri Hutan Nipah. Adalah lebih molek membaca komen mereka dengan mata hati dan cubalah berubah, sebelum keadaan mengubah diri kita kelak. Wallahualam.

Comments

RantauAnakDesa said…
Salam Singgah
www.rantauanakdesa.blogspot.com
Anonymous said…
aku sokong, yg penting apa yang dato adil cakap. bukan siapa dato adil.
Pro Puteri Hutan Nipah said…
yang dato adil cakap semua betul lah pulak. macam pasal meeting tu.. kan betul benda tu.. yang tulis artikel guna nama lain nak dapat duit tengah panas punggung ni...
Anonymous said…
Li sebagai kawan lama kat dan "keharmonian", baik kau berhenti memfitnah dan mencarut.
ikan emas said…
Ni dah kes salah guna kuasa, tidak amanah dan penyelewangan. Eh tak kan pengurusan tinggi DBP dok diam dr je.Blh kena tindakan kalau ketua jab tak siasat.
Anonymous said…
anony, siapa fitnah siapa ni? azli fitnah korang, atau korang yang fitnah dia? buta mata hati betul.
Unknown said…
Puteri dok pas komen dalam blog ni pun memang nak suruh orang kat bahagian M tu insaf, tapi nampak gayanya sia-sia saja lah niat baik kita ni.
Walaupun semua yang Puteri sebut dalam blog ni benar belaka melainkan yang benar sahaja ... pendusta tu masih nak tegakkan benang yang basah, masih nak kata mereka yang benar, kita ni mencarut.
yelah, macam mana nak insaf kalau sudah syok bermain hantu, menternak hantu (perusahaan sampingan seorang S44 mengikut risikan yang sampai ke Hutan Nipah). Kita tunggu saja siapa yang akan menang, HANTU ke TUHAN???

Oops, dah taim untuk solat Jumaat.
Maaflah terlanjur kata.
Cetusan said…
sokong Putri HNipah, D.Adil

itu komen /pesanan positif,

imej..TAUBUAT memalukan kakitangan.

macammana nak bagi serik bab TUNTUTAN menyamar ..

selepas ini akan terdengar di agensi lain lagi.
Unknown said…
Puteri Hutan Nipah,
Menternak bererti memelihara secara besar-besaran, biasanya untuk tujuan komersial. Kalau betullah maklumat yang diterima oleh tuan puteri itu, memang luar biasalah pegawai S44 yang dimaksudkan itu.
Walau bagaimanapun, saya kurang percaya dengan dakwaan ini; kalau membela seekor dua hantu untuk menghuru-harakan bahagian M, atau untuk memikat orang yang boleh membawa keuntungan kepadanya, mungkin boleh diterima akal.
Saya nasihatkan tuan puteri supaya siasat betul-betul terlebih dahulu sebelum mengelaurkan sebarang kenyataan yang dahsyat ini.
Unknown said…
Tuan Alamanda,
Terima kasih atas huraian maksud 'menternak'. Tapi itu memang hasil laporan daripada ejen risikan saya dan kadar kebolehpercayaannya agak tinggi, kalau tak sampai 100% pun adala 88%, kalau nak percaya, percayalah, kalau tidak, siasatlah sendiri. Puteri pun suka terima pandangan kedua.
inilah salah satu punca kemerosotan bahasa melayu..orang dalam dbp sendiri bertelagah sesama sendiri. memang ini perangai pusaka orang melayu suka memfitnah dan bertelagah.
azlishukri said…
YB Raz - itulah nasib bahasa kita ini.
Anonymous said…
yang ternak hantu ni siapa?
Anonymous said…
yang tiba-tiba menangis dalam meeting tu la sebab dia baru sedar ada seekor hantu kesayangannya dah hilang ...


Perisik Puteri Hutan Nipah

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...