Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang semakin mula dihargai - sekurang-kurangnya diberi pernghargaan dengan pujian. Pada perkiraan saya, ini merupakan satu permulaan untuk semua bloggers kerajaan diberi pengiktirafan yang sewajarnya atas pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Sebagai bloggers picisan, sekali lagi saya merakamkan kegembiraan dan sekalung tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang terbukti menjadi barisan utama bagi menggempur barisan Pakatan Rakyat yang semakin kucar-kacir sejak akhir-akhir ini. Walaupun saya tidak dapat hadir pada majlis tersebut, sekurang-kurangnya, semua bloggers pro-kerajaan sudah meluahkan rasa hati mereka. Semoga Allah juga yang membalas jasa baik tuan-tuan semua, Wallahualam. Baca tulisan Zaini Hassan di sini...
Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...

Comments
Walaubagaimanapun kebajikan mereka harus diberi perhatian. Orang berbudi kita berbahasa.
DR.YES
Anu