Mengikut beberapa sumber, kementerian yang paling serasi dan sesuai untuk Khairy Jamaluddin adalah Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak tahu, sama ada Khairy benar-benar berminat dengan kementerian tersebut atau pun tidak. Jika khabar angin yang semakin kencang bertiup dari Putrajaya itu akan benar-benar berlaku (malah dikatakan sudah pasti akan berlaku. Wallahualam) Maka, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sedikit masa lagi akan dinobatkan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang baharu. Namun demikian, pertanyaan yang sedang mengusik benak saya ialah berhubung dengan siapa antara dua Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang ada sekarang harus dikorbankan demi memberi lalu kepada Khairy? Apakah YB Datuk Ir. Hj Idris Haron selaku Timbalan Menteri I sudi menyerahkan kerusinya demi Khairy? Atau mungkinkah juga YB Datuk Saifuddin Abdullah yang dikira baru sahaja mengisi jawatan Timbalan Menteri II Pengajian Tinggi akan dipindahkan ke Kementerian Pelancongan, bagi memberi lalu kepada Khairy.
Kita sedia maklum, dengan jawatan sebesar Ketua Pemuda UMNO - maka pelaburan untuk mendapatkannya juga adalah besar. Maka, seseorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam permilihan Mesyuarat Agong UMNO, tetapi tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan, baik sebagai Timbalan Menteri mahu pun sebagai Menteri penuh- maka dana kewangannya akan semakin mengecut dari sehari ke sehari, kecuali bagi mereka yang tidak mengamalkan rasuah atau politik wang. Walau apa-apa pun pandangan orang ramai - sekurang-kurangnya Khairy dan para penyokong tegarnya sudah boleh tidur malam dengan lena dan nyenyak - tiada gusar dan gelisah yang penting jawatan Timbalan Menteri sudah berada dalam genggaman.
Walau pun saya sedih dengan berita ini - dan ramai lagi para blogger yang kecewa dengan hal ini (jika benar) tetapi, kami ini orang bawahan dan rakyat biasa, yang sama sekali tidak akan didengari kata-katanya. Saya bimbang dengan kata-kata Tun Mahathir beberapa hari yang lalu - bahawa UMNO semakin busuk jika masih tidak mahu melakukan perubahan besar-besaran. Saya percaya dan yakin - jika Khairy berjaya menjadi Timbalan Menteri, maka ramai bloggers penyokong UMNO akan berpaling tadah - saya bimbang andaikata itu akan berlaku - malah tidak mustahil undi untuk UMNO juga akan merosot sedikit demi sedikit. Dalam keadaan sekarang - untuk berlagu kecewa pun sudah tiada maknanya. Jika itu kehendak PM, sebagai ahli UMNO saya akan terima - walaupun tanpa keikhlasan. Cuma saya mohon agar DS Najib fikir-fikiranlah semula - jika hal tersebut adalah benar, saya percaya ramai ahli UMNO yang akan memikirkan semula - parti manakah yang akan mereka undi dalam PRU yang akan datang, yang pasti mereka tidak akan mengundi UMNO lagi. Walaupun saya sangat kecewa dengan hal ini - namun begitu, sebagai orang Islam Ketentuan daripada Allah harus kita terima jua. Kita harus terima apa-apa juga keputusan yang bakal DS Najib umumkan nanti. Saya ucapkan Tahniah kepada Tuan Haji Khairy Jamaluddin! dan Tahniah kepada para penyokong KJ! Akhirnya Tuhan perkenan juga doa tuan-tuan semua! Soalnya sekarang ini ialah, ke mana UMNO selepas ini? Wallahualam.

Comments
Tetapi utk dia boleh balun banyak duit rakyat kenalah letak dia di Kementerian Kewangan ke, Kementerian Pertahanan ke! Di Kementerian Pelajaran Tinggi tak banyaklah duit rakyat yg dia boleh balun!
Saya ucapkan tahniah le kpd DS Najib yg akan kalah teruk pada PRU13 nanti!
Ketika Najib mengumumkan kabinetnya dahulu, dia kata tak nak lantik si hitam ni sebab nak mantapkan Pemuda UMNO. Jadi sekarang Pemuda UMNO dah mantap dan dapat sokongan ke?
Setahu saya orang semakin benci dan meluat dengan UMNO.
Najib sengaja mencari malapetaka jika melantik orang bodoh jadi anggota kabinetnya. Antaranya peperangan akan berlaku antara Najib dengan Tun Mahathir. Itu belum dikira peperangan rakyat dengan UMNO yang semakin menonjol sekarang.
Tapi ini mungkin strategi Najib untuk menjadi Pembangkang di Parlimen selepas pilihanraya nanti.
Sepatutnya Najib mengambilkira rungutan rakyat Sabah dan Sarawak yang pernah mengugut akan meninggalkan BN gara-gara keanggotaan dalam Kerajaan Najib yang agak sedikit berbanding sumbangan untuk memastikan survival UMNO-BN. Kalau ada rombakan hendaklah melibatkan perlantikan kepada Sabah dan Sarawak lebih-lebih lagi yang meletak jawatan ialah dari negeri tersebut.
Satu hal yang Najib tidak bijak menilai ialah jika Jawatan Khairy ialah di Kementerian Pengajian Tinggi. Maksudnya golongan Mahasiswa akan semakin membenci terus UMNO-BN yang kini memang perkara itu semakin menular di IPT berdasarkan perkembangan terkini. Misalnya kehadiran Rosmah yang mengundang protes Pelajar di Akademi Islam Universiti Malaya.
Adakah Najib memikirkan tentang hal tersebut?
Tentang pentingnya suara muda dan pengaruh gerakan mereka dalam membenci Khairy-UMNO dan seterusnya BN?
Siapa paling bodoh dalam hal ini.
Mari kita tanya 1 Malaysia.
Cuma Dr. Mahathir sahaja yang sedikit berduka cita, sebab Dr.Mahathir lah yang banyak menyerang KJ, di label sebagai budak tingkat 4. Serangan terhadap KJ di lakukan sehingga ke saat pewakilan menurunkan undi di PWTC, tetapi ternyata Dr. Mahathir tak mampu rebahkan KJ. Ini lah kekuatan, kebijaksanan KJ, Auara Dr.Mahathir pon tak mampu merebahkan KJ.
Tetapi bagi generasi muda, apa perlu nya nak menyokong Dr. Mahathir. Pada saat ini Dr. Mahathir sudah tua barangkali sudah nyanyuk, . Generasi muda perlu menyokong KJ. KJ adalah orang yang bakal menghuni Seri Perdana. Ternyata sekiranya pelantikan ini menjadi kenyataan Ds. Najib adalah Pemimpin yang berpandangan jauh, beliau sudah nampak bakat dan barisan pemimpin masa depan, pemimpin yang bakal membawa kecemerlangan untuk negara ini.
Tahniah kepada pemuda UMNO Malaysia kerana ketua anda yang sangat di segani oleh kawan mahu pon lawan akan memperolehi jawatan penting di dalam kerajaan.Sudah pasti dalam Pru-13 nanti generasi muda akan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional
Tak abih2 citer pasal mamat sorang nih.
Takkan UMNO tak sedar, kebanyakan rakyat menolah paklah & KJ and kronies. Takkan nak ambik gak jadi timb. menteri.
Disuruh satukan PEMUDA UMNO, tak gak selesai, malah KJ gunakan konsep Divide & Rules. Bercerai-berai PEMUDA2 satu mesia.
PEMUDA UMNO la ni dah jadi mat lembut dah, tade k.o.t.e dan tade halkum, hehe
Sedara AZLI - I've been following yr blogs.. keep it up bro.
melayu gak
fr SUBANG JAYA
Bab KJ nak di lantik menyertai Kabinet PM Najib tu, aku rasa tempat yang se-eloknya ialah di bawah Jabatan Perdana Menteri. KJ mungkin lebih layak report duty kepada Nazri Yeop Botak atau pun kepada Datuk Halimah Saddique pemegang LPKP. Tapi bukanlah sebagai Timbalan Menteri atau Menteri...cukuplah sekadar memberi permit teksi kepada KJ kerana saya nampak sejak akhir akhir ni KJ amat berminat sekali untuk membawa TEKSI dan bolehlah dia bawa rakan kongsi dia sekali si hamsat Nemewee.
Maka amatlah sesuai dengan slogan " SETIAKAWAN " yang di pelopori oleh KJ ni walaupun ada bangsat yang menghina Negara dijadikan Setiakawan.
Bagi peminat KJ anda sedang melangkah ke semangat SETIA KAT WANG bila mana ditakdirkan kesilapan KJ menjadi barisan kabinet dalam kerajaan. Apapun PM Najibsudah berkata " Tidak ada rombakan kabinet dalam tempoh ini seperti yang dicanangkan oleh orang ramai "...kalau ada alhamdulillah buat UMNO " dulu, kini dan Akhirnya melingkup.
Lebih kau masuk PKR la kalau nak jawatan atau sokongan. Kau ni kan kalau KJ bagi duit pun ,belum tentu kau pangkah dacing dalam PRU13 nanti.
Mahathir tak mampu nak lawan KJ kerana aura duit terlalu banyak di rasuahkan kepada ketua pemuda dan ketua bahagian yang dari bekas ketua pemuda bahagian. Lepas ni kecut perut la Hishamudin nak mengekalkan jawatan naib presiden kerana kena menumpaskan puak puak kj dari kalangan ketua pemuda dan bekas ketua pemuda.
Saudara Azli, jangan dok layan pengemis jawatan dan penjilat api neraka di akhirat. Biarlah kita berjuang dalam UMNO kerana Allah. InsyaAllah jika niat kita baik, baiklah balasan dari Allah kepada kita. Ameen.
Saya tidak melihat YB Khairy Jamaluddin sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang.
Cuma saya nampak yang Khairy perlu diberi ruang dan peluang. Saya tidak faham mengapa banyak orang terlalu fobia apabila mendengar nama Khairy. Atau apakah apa yang pernah di alami oleh Tun Dr Mahathir pada masa lampau apabila telah digelar oleh LKY sebagai Melayu Ultra akan berulang kepada Khairy pula.
Kadangkala saya lihat orang yang paling ditakuti atau dibenci sebelum beliau berpeluang menunjukkan kebolehannya berkhidmat selalunya orang itulah yang akhir yang akan disayangi dan disanjungi. Harus diberi ruang kepada YB Haji Khairy Jamaluddin.
KJ ni ada nilai bagusnya.tak semua yang dia buat negatif. tpi biasa ler bila dah jd public figure, yg negatif akan cepat nampak dan akan dikenang lama.
KJ wajib ambik perhatian terhadap kritikan orang ramai. bahawa semua kritikan itu hampir 80% tepat. walau KJ cuba menafikan, fakta tetap fakta. so, KJ kalau rasa nak lama dlm arena politik,wajiblah dia mengubah beberapa sikap negatifnya yg bg saya agak keterlaluan jugak.
sunggguhpun begitu, ada juga part ttg KJ yg saya saya kagum. insyaAllah kalau digilap, dan jernihkan kepribadian KJ ni, dia akan jd pemimpin yg baik. tp sebelum tu kena le dipimpin terlebih dahulu.
Ingatlah KJ, berjuta mata dan hati memerhati anda. Allah jua tak pernah lekang walau sedetik. Awas...
Salam hormat,
Fadly
tunjukkan bukti yg dia benar2 sudah bersih..tak pernah jujur/ikhlas dalam perjuangan.jika di beri peluang semakin porak peranda NEGARA!!!!
PEMUDA UMNO sendiri masih lemah..masih takde matlamat yg jelas..bagaimana mahu di beri peluang kepada orang yg macam ni???
jgn tutup mata kerana segelumit budi yg beri..harus melihat kepada keseluruhan..
khairy jamaluddin..berubah lah.hanya aku,KJ,keluarga dia dan rakan2 rapatnya tahu apa maksud BERUBAH tu..
wallahua'lam......mohon maaf kalau ada yang marah...sekadar pandangan....