Skip to main content

Posts

Pilihan Raya Umum ke-13 : Semakin Hampir

Pilihan Raya Umum ke-13 Semakin Hampir KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang. Bilik gerakan yang beroperasi di peringkat pusat itu kemudiannya akan dibuka di peringkat negeri dan bahagian dalam tahun ini juga. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dengan adanya bilik gerakan tersebut, segala maklumat mengenai pengundi di setiap peti undi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dapat dikumpul, dianalisis dan dipantau oleh jentera pergerakan. Jelas beliau, langkah itu juga menjadikan jentera Pergerakan Puteri sentiasa bersedia dan proaktif dalam membantu memastikan kemenangan BN menerusi pelan-pelan tindakan yang telah dirangka serta disusun di peringkat pusat. "Sekitar Ogos nanti, kita ...

Umat Islam Wajib Halang DAP Perintah Malaysia

Umat Islam Malaysia Wajib Halang DAP Perintah Malaysia Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang? Oleh Zaini Hassan (Saya memetik tulisan bernas daripada Zaini Hassan yang ditulis di dalam Utusan Malaysia . Bacalah dengan hati dan akal yang sihat.) 1. PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi. 2. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu. 3. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Stra...

Pelan Damai UMNO-PAS : Di Mana Khairy?

Pelan Damai UMNO-PAS Di Mana Khairy? Sekiranya Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi sudah menggambarkan bahawa UMNO dan PAS boleh duduk semeja (Baca di sini) . Maka, tunggu apa lagi? Pemuda UMNO, di bawah Khairy Jamaluddin perlu segera menyambut hulur salam daripada Nasrudin tersebut. Pelan damai antara UMNO dengan PAS perlu disegerakan - sekurang-kurangnya dalam isu-isu tertentu. Pemuda UMNO, mesti pantas menghidu peluang ini, bagi merealisasikan hasrat TS Muhyiddin untuk melihat orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu-padu dan melupakan sengketa. Walau apa cara sekali pun, pelan damai PAS-UMNO mesti dilaksanakan. Dan Khairy tidak boleh duduk diam dan menunggu waktu. Pemuda UMNO Malaysia perlu proaktif. Pelan Damai UMNO-PAS boleh dimulakan dengan hal-hal seperti berikut : 1. Bekerjasama menentang amalan rasuah 2. Bekerjasama dalam meninggikan syiar Islam 3. Bekerjasama dalam menangani gejala sosial 4. Bekerjasama dalam tadbir urus negara 5. Bekerjasama dalam membasmi ...

Syabas Mufti Selangor! Mufti Lain Bila Lagi?

Syabas Mufti Selangor!!! Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Selangor (baca di sini), Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib yang menyahut seruan Mufti Perak, agar PAS dan UMNO mesti bersatu demi Islam, bangsa dan negara. Soalnya sekarang, ke mana perginya mufti-mufti yang lain pula? Takkan diam membisu seribu bahasa sahaja? Jika semua mufti di Malaysia bersuara, saya yakin PAS akan tunduk kepada kebenaran. Masalahnya, hanya mufti Perak dan Selangor sahaja yang sanggup bercakap secara terang-terangan. Sekiranya terdapat 13 lagi mufti yang bersuara lantang dalam isu perpaduan Melayu ini - saya percaya sedikit sebanyak rakyat akan buka mata, dan mengetahui siapakah para PAS yang sebenarnya? Jadi apa tunggu lagi wahai tuan-tuan mufti..mari kita promosikan agenda perpaduan UMNO-PAS ini secara besar-besaran. Jangan kita jadi ulama pengecut dan takut melafazkan kebenaran. Pada hemat saya, semua mufti di Malaysia perlu membuat kata putus dan sebulat suara dalam hal ini. ...

Buih-Buih Masa Hadapan: Apakah UMNO akan Pupus?

BUIH-BUIH MASA HADAPAN Menjawab Persoalan Benarkah UMNO akan Pupus? (Artikel Ulangan) Oleh Muhammad Azli Shukri 1. Setelah jurnal Foreign Affairs menerbitkan rencana “Pertembungan Tamadun” tulisan tokoh sains politik masyhur dunia, Samuel P.Huntington pada musim panas 1993, rencana tersebut telah menimbulkan keresahan dan kegelisahan terhadap masyarakat dunia. The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order buku kontroversi Huntington adalah lahir daripada respons mereka terhadap rencana beliau yang tersiar di dalam jurnal tersebut. 2. Huntington berpendapat, pola politik global selepas tamat perang dingin akan lebih berpaksi pada jati diri dan disusun kembali mengikut garis budaya, tamadun dan keetnikan sesuatu kaum. Masing-masing kaum ingin mengekalkan jati diri budaya dan jati diri tamadun mereka sendiri. Dan sebuah tamadun sejagat yang digembar-gemburkan oleh Barat sama sekali tidak akan berlaku. Tamadun utama dunia seperti China, India dan Islam semakin...

UMNO & PAS 2010 : Politik Tanpa Parti

UMNO & PAS 2010 Politik Tanpa Parti (Artikel Ulangan) 1. Meninjau berita sepanjang minggu ini - khususnya berhubung niat murni TS Muhyiddin untuk bertemu dan membincangkan isu perpaduan Melayu-Islam di negara ini dengan PAS- sangat menyentuh hati. Sudah begitu lama isu ini dicanang dan dijaja - tetapi masih belum menemui jalan pulang. 2. Ada yang menyokong, dan tidak kurang yang menentang. Secara peribadi saya menyokong penuh agenda penyatuan ini - sekurang-kurangnya penyatuan dari aspek tertentu perlu dilakukan di peringkat awal. Namun demikian, ia bukanlah semudah yang difikirkan. Banyak rintangan dan cabaran perlu dihadapi. Buat masa terdekat ini - saya rasa ia sangat sukar untuk direalisasikan. Dalam keadaan nafsu serakah PAS yang sedang menggelegak untuk mendapatkan kuasa sepantas yang mungkin, ditambahkan pula dengan hasutan syaitan bertopengkan manusia seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang - maka, harapan untuk melihat UMNO dan PAS bersatu dalam kancah poli...

Menjawab Tohmahan Kononnya UMNO Parti Nasionalisme Yang Haram di Sisi Islam

MENJAWAB TOHMAHAN KONONNYA UMNO PARTI NASIONALISME YANG HARAM DI SISI ISLAM (Saya siar ulang, tulisan saya berhubung isu UMNO dan Nasionalisme) 1. Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu. 2. Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun demikian, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah, iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mere...

Kita Jarang Bersyukur!

Kita Jarang Bersyukur! KUALA LUMPUR 19 JULAI — Suri rumah kini berpeluang menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan menyimpan pada kadar serendah RM50 sebulan. Dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Januari lepas, skim itu kini telah menarik minat 14,786 individu dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, skim yang merupakan inisiatif kerajaan itu terbuka kepada individu berumur sehingga 55 tahun bagi memberi perlindungan kewangan kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan. "Skim ini semakin mendapat perhatian golongan pemandu teksi, nelayan, petani, penjaja, peniaga kecil, karyawan, golongan freelance seperti deejay dan sebagainya dan kini KWSP menyasarkan suri rumah untuk turut menyertai skim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain menerima dividen tahunan daripada KWSP, pencarum skim juga akan menikmati sumbangan tambahan sebanyak lima...

Mahfuz Terlupa Allah?

Mahfuz Terlupa Allah? Keceluparan mulut Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS semakin menyerlah (baca di sini). Dialah satu-satunya ahli PAS yang paling bongkak dan ego dalam menolak isu perpaduan UMNO-PAS. Secara ikhlas saya katakan, sudah lama saya memerhati tingkah-laku beliau, semenjak beliau memenangi jawatan Naib Presiden. Sikap yang ditunjukkan oleh Mafzuf Omar benar-benar membuktikan bahawa beliau merupakan manusia yang bersifat talam dua muka. Hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim menjadikan beliau seorang manusia yang buta kebenaran. Mungkin, barangkali ada "habuan" yang dijanjikan oleh Anwar kepada beliau seandainya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, kelak. Dengan segala bukti dan pendedahan yang dilakukan oleh media cetak dan media elektronik berkenaan hubungan Anwar Ibrahim dengan organisasi Yahudi, Mahfuz masih boleh pejam mata dan berkata itu semua fitnah? Dan sekarang dengan angkuh, beliau sekali lagi memperlecehkan takdir yang telah Allah tetapkan unt...

Penyatuan PAS-UMNO : Tutup Pintu Neraka Itu!!!

Penyatuan PAS-UMNO Tutup Pintu Neraka Itu!!!! Saya menyokong penuh kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria , Mufti Perak, berhubung isu kuasa politik Melayu akan hilang dalam PRU-13, sekiranya PAS dan UMNO masih terus bertelagah dan berdegil mencari titik pertemuan untuk bersatu demi agama dan bangsa. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan apakah yang ditakrifkan oleh Harussani berkenaan "penjajahan bentuk baru" itu. Penjajahan bentuk baru yang dijangka akan berlaku seandainya UMNO dan PAS masih tidak mahu bersatu adalah merujuk kepada penjajahan politik tahap 1, 2 dan 3. Izinkan saya menghurai secara ringkas penjajahan bentuk baharu ini. Yang dikatakan sebagai penjajahan politik tahap 1 adalah politik "lakonan dan drama" yang dimainkan oleh parti-parti politik bukan Melayu, bagi melalaikan orang Melayu-Islam, agar lupa terhadap kuasa dan hak mereka di bumi bertuah ini. Di hadapan orang Melayu, bangsa ini cukup pandai berlakon dan bermain wayang kulit, tetapi hakikatnya...

UMNO & PAS 2010 : Politik Tanpa Parti

UMNO & PAS 2010 Politik Tanpa Parti 1. Meninjau berita sepanjang minggu ini - khususnya berhubung niat murni TS Muhyiddin untuk bertemu dan membincangkan isu perpaduan Melayu-Islam di negara ini dengan PAS- sangat menyentuh hati. Sudah begitu lama isu ini dicanang dan dijaja - tetapi masih belum menemui jalan pulang. 2. Ada yang menyokong, dan tidak kurang yang menentang. Secara peribadi saya menyokong penuh agenda penyatuan ini - sekurang-kurangnya penyatuan dari aspek tertentu perlu dilakukan di peringkat awal. Namun demikian, ia bukanlah semudah yang difikirkan. Banyak rintangan dan cabaran perlu dihadapi. Buat masa terdekat ini - saya rasa ia sangat sukar untuk direalisasikan. Dalam keadaan nafsu serakah PAS yang sedang menggelegak untuk mendapatkan kuasa sepantas yang mungkin, ditambahkan pula dengan hasutan syaitan bertopengkan manusia seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang - maka, harapan untuk melihat UMNO dan PAS bersatu dalam kancah politik perdana terlalu jauh untuk d...

Saman Ekor : UMNO Sanggup Tanggung Risiko

Saman Ekor UMNO Sanggup Tanggung Risiko Maafkan saya - jika luahan ini tidak sekata dan seia dengan pihak kerajaan. Isu saman ekor, bukanlah isu baharu di negara ini. Ia sudah lama berlarutan dan pelbagai pihak sudah menegur kaedah yang digunakan oleh polis dalam mengendali masalah ini. Izin saya bercakap daripada suara hati rakyat bawahan yang setiap hari kehidupan kami adalah di jalan raya. Saya memandu kereta sejak tahun 2004 dan sehingga hari ini, saya tidak pernah disaman - namun demikian, itu tidak bermakna saya bersetuju bahawa kaedah saman ekor tersebut sangat pratikal dilaksanakan di negara ini. Baca di sini. Saman ekor sudah dibincang dari semua aspek, baik pro mahu pun konnya - namun demikian, yang menjadi masalah dalam kalangan rakyat bukanlah saman ekor - tetapi cara saman ekor itu dilaksanakan. Menjadikan saman ekor sebagai beban kepada rakyat sehingga sesiapa yang tidak menjelaskannya, maka cukai jalan kenderaan mereka tidak akan diperbaharui, hanya mengundang amarah r...

Pilihan Raya Umum ke-13 : Februari 2011?

Pilihan Raya Umum ke-13 Februari 2011? Membaca berita Utusan ini - seolah-olah saya dapat membaca apa yang tersimpan di dalam kota minda DS Najib. Menjanjikan duit raya kepada semua peneroka tanah rancangan Felda merupakan satu tanda atau signal awal bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir. Menjanjikan "satu kejutan" - DS Najib dilihat sudah boleh mencongak bilakah tarikh pilihanraya yang terbaik untuk melakar kejayaan dan kemenangan. Mungkin saya terlalu awal menghitung teka-teki ini. Namun demikian, pilihan raya Sarawak bisa sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang - kerana tempoh tamat rasminya adalah Jun 2011. Kebiasaanya, pilihan raya Sarawak tidak akan menunggu sehigga saat-saat akhir, maka ramai pemerhati mengesyaki paling lewat, pilihan raya Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan. Di sisi lain pula, ramai juga pemerhati politik percaya bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13, memandangkan ikl...

Kepada Siapa Proton Hendak Diberi?

Kepada Siapa Proton Hendak Diberi? Jika benar laporan yang diterima oleh parpukari ini , maka sekali lagi kita sangat-sangat kecewa. Saya menyeru agar DS Najid segera berindak membersihkan PROTON daripada anasir-anasir perosak ini. Agen PAS dan PKR semakin berani bermaharajalela di GLG. Sedangkan diluar sana, mereka berkokok dan menghentam kerajaan itu dan ini. Semua yang kerajaan buat tiada satu pun yang betul pada pandangan mereka. Gaji dapat tiap-tiap bulan, bila malam, caci-maki kerajaan. Saya fikir, sudah tiba masanya, pihak kerajaan segera mengambil tindakan terhadap golongan pengacau ini. Malah, kita juga berharap Datuk Syed Zainal segera mengambil tindakan yang sewajarnya. Soalnya, kepada siapa PROTON hendak diberi?