Skip to main content

Kuasa Pengulangan dan Strategi Winston S. Churchill

TERDAPAT 25 SURAH DI DALAM AL-QURAN YANG MEMBICARAKAN TENTANG KESABARAN. Allah ulang 90 kali perkataan tersebut dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling hebat dalam Surah al-Baqarah ayat 153, Allah umumkan secara nyata, "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." Hebat. Sangat hebat. Beruntunglah kepada sesiapa yang telah Allah anugerahkan dengan sifat sabar kerana DIA akan sentiasa bersama mereka.
 

Sabar bukan kemahiran atau bakat yang diperoleh dengan menuntut ilmu semata-mata. Sabar ialah anugerah. Dipohon melalui doa dan merayu bersungguh-sungguh dengan-Nya. Allah ulang dan ulang perkataan sabar berkali-kali agar mesejnya sampai kepada orang-orang yang beriman tentang pentingnya sifat sabar dalam kehidupan. Allah ulang, ulang dan ulang mesej ini agar sifat sabar melekat di dalam hati dan minda kita.
 
Winston S. Churchill, Perdana Menteri UK pernah menyampaikan pidato yang sangat terkenal ini. Cuba anda kira berapa banyak beliau ulang perkataan  WE SHALL FIGHT
 
We shall go on to the end, we shall fight in France, we shall fight on the seas and oceans, we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our Island, whatever the cost may be, we shall fight on the beaches, we shall fight on the landing grounds, we shall fight in the fields and in the streets, we shall fight in the hills; we shall never surrender, and even if, which I do not for a moment believe, this Island or a large part of it were subjugated and starving, then our Empire beyond the seas, armed and guarded by the British Fleet, would carry on the struggle, until, in God's good time, the New World, with all its power and might, steps forth to the rescue and the liberation of the old.”
 
Pendakwah sifatnya sentiasa mengulang perkataan-perkataan penting agar pendengar sentiasa ingat dan mengambil perhatian serius terhadap mesej yang hendak disampaikan. Asasnya tetap pengulangan kata dan mesej dalam pelbagai cara.
 
Perhatikan pidato Winston Churchill di atas, beliau melakukan pujukan dan berusaha mengambil perhatian ramai dengan cara mengulangi kata-kata we shall fight bahkan melontarkan idea yang sama melalui lapan cara. Asasnya ialah pengulangan kata untuk menyampaikan mesej dalam pelbagai cara. 
 
Dalam perniagaan dan pemasaran juga sama. Asasnya adalah repeat, repeat, repeat. Nyatakan maksud anda berulang kali, namun dengan beberapa cara yang berbeza. Nyatakan secara langsung keunikan produk anda menggunakan kata-kata yang sama berulang kali. Gunakan testimoni yang jujur lagi jelas. Perkenalkan produk anda melalui cerita dan visual. Ulang dan ulang jangan jemu.
 
Sudah tentu untuk melakukan semua ini anda memerlukan perkataan yang sama berulang kali. Tetapi itulah cara terbaik untuk mendidik dan memastikan pelanggan sentiasa mengingati perniagaan anda. Sentiasa ulang dan ulang dengan cara yang berbeza dan kreatif. Ulang perkataan-perkataan positif setiap hari,  inshaAllah ia akan meresap dalam jiwa pelanggan dan diri anda sendiri.
 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/5/2020 e-NS : ASRJ 05. Ikuti saya di saluran-saluran berikut :
 
Telegram   : t.me/azlishukri
FB Profile  : Azli Shukri
FB Page     : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok       : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s