Akhirnya terjawab sudah siapakah calon bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan dua buah DUN dalam kawasan tersebut. Seperti mana yang pernah saya tuliskan dalam posting saya bertarikh 4 Disember 2011 akhirnya ramalan dan suara anak muda Kuala Kangsar didengar oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Terima kasih kami ucapkan. Cuma harapan kami hanya satu - agar Wanita UMNO yang diketuai oleh Naib Ketua Wanita UMNO Kebangsaan, Datuk Kamilia Ibrahim tidak terlalu kecewa dan sememangnya kami warga UMNO KK amat mengetahui kekuatan jentera wanita UMNO yang selama ini banyak membantu kemenangan calon-calon UMNO dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Oleh itu, marilah bersama-sama kita rapatkan saf agar berjaya menumpaskan petualang agama, bangsa dan negara. Berikut adalah calon BN untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar :
PARLIMEN KUALA KANGSAR
DATO' WAN MOHD KHAI-RIL
Timbalan Ketua UMNO Bahagian
DUN N.34 BUKIT CHANDAN
MASLIN SHAM RAZMAN
Ketua Pemuda UMNO Bahagian
DUN N.35 MANONG
MOHD KAMIL DATO SHAFIE
Naib Ketua UMNO Bahagian
Comments
blog anda juga telah saya pautkan...tq..
Wan khairil tu OK lah.. local.. jiran saya sejak kecil.. adiknya pon rakan sekelas di sekolah dahulu...