Skip to main content

Pakar Ekonomi Cadang PRU Ke-13 Tahun Ini

KUALA LUMPUR 27 Julai - Tahap ekonomi semasa Malaysia kini berada pada kedudukan yang cukup sesuai bagi kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Justeru, penganalisis pasaran berpendapat pilihan raya umum wajar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana khuatir ketidaktentuan ekonomi Eropah dan pergolakan di Asia Barat akan menjejaskan kestabilan ekonomi. Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, kedudukan ekonomi memang menjadi antara faktor penting yang diambil kira dalam menentukan pilihan raya. Menurutnya, mengambil kira faktor itu, Malaysia memang dalam keadaan terbaik untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini berbanding tahun depan. 

Jelas Kim Leng, ketidaktentuan ekonomi Eropah dan masalah kemelesetan Amerika Syarikat dikhuatiri akan menjejaskan fundamental di rantau ini dan memberi risiko kepada Malaysia. "Kita khuatir lagi lama masa diambil untuk mengadakan pilihan raya, banyak kekangan dalam aspek ekonomi akan timbul. "Kalau ia benar-benar berlaku, maka kerajaan akan berhadapan dengan isu ekonomi pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ketua Pengarah Institut Pengajian Strategik Antarabangsa, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin turut berpendapat kerajaan sewajarnya tidak menunggu sehingga tahun depan untuk mengadakan pilihan raya. Beliau berkata, persekitaran ekonomi yang mapan dan pasaran stabil di Malaysia wajar dijadikan sandaran. 

"Ketika kebanyakan negara mengalami kemelesetan dan ketidaktentuan dalam ekonomi, Malaysia masih stabil hasil transformasi besar-besaran Perdana Menteri. "Hasilnya ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan baik dan kestabilan ini merupakan tarikan kepada pelaburan asing. "Bagaimanapun, kemasukan pelaburan baru mungkin terjejas kerana bagi pihak mereka pula mahu melihat keputusan pilihan raya, memandangkan tempoh berakhir semakin hampir," ujarnya. 

Sementara itu, Ketua Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwa Ahmad Tajuddin pula berpendapat, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat berbanding ditangguhkan kepada tahun depan. Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman. Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul. Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka. "Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana. "Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat. "Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya.
 

Comments

Anonymous said…
layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2 , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nas