Skip to main content

Alhamdulillah...Akhirnya Baru Kita Faham Tentang Isu Air di Selangor...PKR Penipu Besar!


Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.   Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.   Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang banyak akan m