Skip to main content

Yang Sudah Isytihar Tarik Diri..Eloklah Tarik Diri Sahaja

GOMBAK, 10 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua wakil rakyat yang mengisytiharkan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang bercakap secara ikhlas sebelum membuat sebarang kenyataan akhbar.

Katanya, tindakan menarik balik kenyataan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 amat memalukan.

“Saya berharap sebelum seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu membuat kenyataan mereka hendaklah berfikir secara mendalam,” katanya selepas sidang akhbar ketika mengulas tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri BN Perak yang menarik balik kenyataannya ketika beliau ditemui di Universiti Islam Antarabangsa di sini pagi ini selepas seminar “Najib Razak’s Thinking From the Youth’s Perspective”.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar telah mengisytiharkan tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 setelah menjadi wakil rakyat selama 21 tahun.

Namun, semalam beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Beruas membuat sidang akhbar membatalkan penarikan diri itu yang jelas menunjukkan bahawa beliau masih mahu bertanding. Penarikan semula itu atas desakan penyokongnya yang mahu beliau terus bertanding.

Bagaimanapun, kata Hamdi, terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu memilihnya semula sebagai calon BN. Justeru, Zambry berharap selepas ini sesiapa yang mahu menarik diri berfikir habis-habis sebelum membuat kenyataan akhbar.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana sama ada Hamdi terpilih sebagai sebagai calon atau tidak terpulang kepada Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar, beliau mengatakan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor King menggelar dirinya sebagai hitam metalik menggambarkan warna sebenar pembangkang yang sepatutnya menentang kezaliman dan bercakap tentang persamaan warna kulit dan agama tetapi dia lebih suka menghina musuh politiknya.

Comments

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, na

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper