Skip to main content

Sebaik-Baik Sultan

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menjelaskan baginda telah meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri bersetuju dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang diluluskan Julai lalu, bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat diurus dengan baik.

Sehubungan itu titah Sultan Selangor, selaku ketua agama Islam di negeri itu, baginda bertanggungjawab memastikan pentadbiran agama Islam dalam berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Oleh yang demikian, saya menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut supaya semua cadangan pindaan dapat dilaksanakan segera,” kata baginda dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Titah Sultan Selangor, bukan baginda tidak beri rang undang-undang berkenaan dibahaskan, tetapi isu pindaan berkenaan telah lama diluluskan iaitu pada Jun lalu.

“Kenapa baru sekarang diungkit balik? Saya ingat ada orang yang tidak suka dengan pindaan Seksyen 80(1) tentang peguam syarie mesti orang Islam, tidak boleh orang bukan Muslim.

“Mengenai isu ini, mufti pun sudah buat fatwa,” titah baginda lagi. Baginda seterusnya berkata, “kita jangan terkeliru” kerana orang bukan Islam boleh belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tetapi tidak boleh menjadi peguam syarie.

“Ini yang (pensyarah UIA) Prof Abdul Aziz Bari tidak faham.

“Fatwa sudah dibuat, kita hanya perkuatkan lagi dengan memasukkan dalam enakmen,” titah baginda dan menambah, “itu yang bising sangat.”

“Ada orang pergunakan orang Melayu,” jelas baginda menjelaskan pertikaian mengenai isu itu sebelum ini. Baginda seterusnya bertitah, Seksyen 85 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dimansuhkan kerana Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bukan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun seperti anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Berbeza dengan (Jabatan Agama Islam Selangor) Jais yang masih di bawah kerajaan negeri, Mais mempunyai ahli majlisnya sendiri, yang saya lantik untuk melihat polisi-polisi agama Islam.

“Mereka (ahli Mais) ada tanggungjawab besar dan mereka memberikan nasihat kepada saya. Semua minit mesti diserahkan kepada saya. Itu yang Prof Aziz marah sangat. Kata tidak dalam berkanun, Mais tidak payah audit, mana boleh. Mais dari dulu kita audit,” titah baginda.

“Zakat diaudit. Oleh kerana audit zakat dalam Mais ini bersih jadi tidak masuk dalam akhbar.

“Biasanya kalau ada kesalahan dari segi audit, baru disiarkan di suratkhabar,” tambah Sultan Selangor.

Dalam temu bual ini, Sultan Selangor bertitah menjelaskan, “kalau Prof Aziz kata zakat di Selangor tidak audit, nanti orang ramai takut hendak beri zakat.” Bulan lalu, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pindaan beberapa seksyen dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri pada 11 Julai lalu sudah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Kata beliau, pihaknya bersedia memberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu bagi mengelak timbulnya salah faham atau kekeliruan.

Mohamad Adzib berkata, antara perkara dibangkitkan dalam pindaan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dan diwartakan pada 25 Ogos lalu itu termasuk mengenai pelantikan Setiausaha Mais dan pengagihan wang zakat di Selangor. Dalam temu bual terbaru ini, Sultan Selangor juga bertitah menjelaskan bahawa baginda mendapat tahu daripada Mais bahawa pihaknya hendak membuat banyak pidaan dan memperbetulkan pentadbiran agama Islam tetapi wakil rakyat tidak mahu.

“Saya dapat tahu mereka tidak mahu. Jadi kalau begitu saya kata, saya ada hak menulis surat kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri, bertitah atau keluarkan surat.

“Setelah meneliti dan mendengar nasihat Mais, saya amat berpuas hati bahawa semua cadangan pindaan yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, sekiranya diluluskan dapat memberi kebaikan kepada pentadbiran agama Islam dan juga semua rakyat beta yang beragama Islam,” jelas baginda.

Comments

Anonymous said…
Allahukbar..Islam dijunjung, Sultan disanjung, Rakyat dipayung..Daulat Tuanku. Rakyat Sejahtera.
Anonymous said…
1. Apa yang didedahkan oleh Prof AB dalam konteks pindaan enakmen dan peranan Adun PR adalah 'pekung' di dada Adun PR itu sendiri.

2. PAB dengan itu merendah-rendahkan darjat keputusan yang dibuat oleh Adun PR seolah-olah mereka adalah pihak yang boleh dicucuk hidung dan ditarik dengan tali.

3. Impak akhir di sini ialah, PAB dengan mudah dapat kredit (durian runtuh) kerana peranan dimainkan sebagai whistle blower tetapi PR dapat kota runtuh (debit).

kah kah kah
Anonymous said…
Dalam konteks pentadbiran, pihak istana dibarisi oleh para penasihat dalam pelbagai bidang.

Justeru, tidak adillah kalau institusi istana di kritik peribadinya walhal keputusan yang dibuat bukan bersifat peribadi.

Dari sudut cendekiawan, kalau ada pihak mahu berhujah berhubung aspek pentadbiran membabitkan institusi berkenaan, lawan selayaknya adalah barisan panel penasihat istana tetapi bukan pihak sultan.

ATAS PAGAR
Anonymous said…
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA

Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Apa Salahnya Mukhriz?

Apa Salahnya Mukhriz? Nampaknya, apabila fikiran sudah tidak waras lagi, maka yang datang menghantui fikiran adalah sifat amarah dan berburuk sangka. Inilah yang berlaku apabila terdapat banyak blogger yang mendakwa, kenapa dengan tiba-tiba sahaja, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin agung dalam eranya (kata-kta ini terbukti satu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak pun menyebut pemimpin agung)?, hal ini menurut para blogger yang membenci Tun Mahathir dan keluarganya – membuktikan sikap talam dua muka Datuk Mukhriz Mahathir, yang menurut mereka, Mukhrizlah orang pertama yang beria-ria mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan segera, dan kini beliau pula yang memohon agar Abdullah dihormati selepas beliau bersara kelak sebagai pemimpin UMNO yang berjasa kepada parti. Apakah salah kenyataan Datuk Mukhriz itu? Lihat laporan tersebut : “Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli U

Satu Tindakan Bijak

Satu Tindakan Bijak KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat. Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan. Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan per