Skip to main content

Nama Saya Tan Sri Muhyiddin Yasin!

Tahniah Tan Sri..inilah yang sudah lama kita tunggu-tunggukan. Sudah tiba masanya bahasa Melayu diaudit penggunaannya dalam agensi dan badan-badan berkanun kerajaan. Malah, kalau dilakukan audit, saya percaya banyak sekali kesalahan bahasa dan ejaan yang dilakukan para penjawat awam sewaktu mereka berucap, menulis memo, menulis surat, menulis minit mesyuarat dan lain-lain aspek penggunaan bahasa. Selama ini kita hanya mengaudit kewangan, pengurusan, kualiti dan perjawatan sahaja - sudah sampai masanya tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam disemak dan diteliti kemampuan mereka - kita mahu mereka menguasai bahasa Melayu tinggi dan bukan bahasa Melayu pasar. Syabas Tan Sri. Perjuangan yang tidak pernah selesai.

KUALA LUMPUR, 10 November - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran menjalankan pengauditan bahasa Melayu melalui penarafan bintang ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan penggunaannya di sektor itu adalah menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC.

“Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa Melayu.

“Kita memahami bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di sini, hari ini, yang turut dihadiri sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Muhyiddin menambah, institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, kata beliau, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan bahasa Melayu.

Muhyiddin percaya banyak kerjasama strategik antara institusi kewangan dengan badan bahasa dapat diusahakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan. Dengan itu, inisiatif yang digerakkan oleh DBP dan BNM seperti simposium ini dapat diteruskan oleh penggiat industri kewangan sendiri,” katanya. Muhyiddin turut mencadangkan supaya semua institusi kewangan menyediakan kursus berkaitan bahasa bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bahasa Melayu. - Utusan Malaysia

Comments

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendeng
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca