Skip to main content

Kepastian Di Selekoh Gelap!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik, demikian menurut kajian kendalian PKR. Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.

Hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu. Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau. Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian. Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus). Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).

Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.

Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib. Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor. - Malaysia Insider.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Apa Salahnya Mukhriz?

Apa Salahnya Mukhriz? Nampaknya, apabila fikiran sudah tidak waras lagi, maka yang datang menghantui fikiran adalah sifat amarah dan berburuk sangka. Inilah yang berlaku apabila terdapat banyak blogger yang mendakwa, kenapa dengan tiba-tiba sahaja, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin agung dalam eranya (kata-kta ini terbukti satu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak pun menyebut pemimpin agung)?, hal ini menurut para blogger yang membenci Tun Mahathir dan keluarganya – membuktikan sikap talam dua muka Datuk Mukhriz Mahathir, yang menurut mereka, Mukhrizlah orang pertama yang beria-ria mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan segera, dan kini beliau pula yang memohon agar Abdullah dihormati selepas beliau bersara kelak sebagai pemimpin UMNO yang berjasa kepada parti. Apakah salah kenyataan Datuk Mukhriz itu? Lihat laporan tersebut : “Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli U

Satu Tindakan Bijak

Satu Tindakan Bijak KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat. Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan. Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan per