
PADANG TERAP 8 Sept. - Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO.
Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini. Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu.
"Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
"Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.
Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali. Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut.
Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju.
Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.
"Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.
"Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.
Comments
dalam mereka mengata , mengeji, mencaci, memfitnah, melabel dll orang lain sebagai tidak Islamik
tiba tiba dengan izin Allah, terlondeh satu persatu bukti sebaliknya ..
bermula dengan mengubah negara Islam kepada negara kebajikan, dengan alasan tidak ada negara Islam dalam Quran
diikuti isu gereja dan murtad
dan terkini pengakuan Mat Sabu tentang perjuangan komunis
jadi kita patut tanya kepada si lunyai ni, kepala siapa yang sebenarnya dah Lunyai ni ???
Masih nak mengaku Islam lagikah???
Mana letak KEMALAUN dan rasa malu korang ???
atau korang dah gila talak ke ????
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Hujuraat ayat ke 10:
Bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Apa, di negeri yang diperintah PAS, tak ada ke anak luar nikah, murtad, bercerai berai ke?. Saya rasa di negeri tu lagi banyak cerai berai, kahwin ramai..isteri sampai dua, tiga...empat...memang sedap kawin banyak....tapi anak-anak terbiar, nafkah tak dibayar. Tahu kahwin banyak..tapi tanggungjawab di mana. Itu terjadi bukan sebab UMNO memerintah, tetapi disebabkan fatwa songsang oleh oarang-orang pas. Tak gitu.........
UMNO tidak ada pas ke syurga tapi Patri PAS dah pasti ada pas.
Syabas anda tetap boleh masuk syurga.
mane ade orang-orang UMNO makan rasuah,judi,arak,semua wanita ISLAMnya menutup aurat,tak cilok duit rakyat.
Pembangkang pandai je buat fitnah.DOSA