Skip to main content

Mengapa Mereka Masuk UMNO?

Kita tunggu sahaja - apa tuduhan bodoh yang akan dilemparkan oleh puak-puak PAS kepada UMNO ekoran ahli-ahlinya di Kampung Tandop Besar yang menyertai UMNO semalam. Pasti tuduhan kononnya mereka itu adalah bekas ahli UMNO yang kembali semula kepada UMNO atau paling mudah buat sahaja tuduhan UMNO beri rasuah kepada mereka. Hakikatnya, PAS tidak sedar, semakin hari semakin ramai orang Melayu menjauhi parti mereka, natijah daripada kepimpinan mereka yang tidak bijak dan lebih kemaruk kepada kuasa. Baca berita di bawah :

PADANG TERAP 8 Sept. - Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO.

Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini. Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu.

"Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

"Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali. Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju.

Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.

"Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.

"Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang," katanya.

Comments

otaklunyai said…
masih ramai lagi puak2 yg datang dari lubang taik amno yg masih belum faham dgn perjuangan yg hakiki... dan akan lebih ramai lagi yg akan tewas dgn kembali kepada kesesatan yg nyata... setlah kewafatan Rasulullah bukan sedikit golongan yg kembali murtad... jadi natijahnya mereka inilah golongan yg tidak mendapat hidayah dan mengulangi sejarah yg tercatat di zaman Baginda Rasulullah... Nauzubillah! Lebih cepat mereka keluar lebih baik bagi Ummah dan Jemaah..
rexuan said…
sesuai sgt nick otaklunyai. mmg lunyai otak lu. perjuangan hakiki apa de? nagara islam pun dan ganti dgn negara kebajikan! hidayah apa de? puak kristian nak murtadkan org islam, MB lu plak mintak maaf pada puak kristian! lu ckp skrg siapa yg sesat lg menyesatkan. mmg lebih cepat kluar dari pas lebih baik utk akidah umat!
Anonymous said…
Dah agak dah komen lawak akan keluar nya... Yang dalam Jemaah tu sekarang tak sesat ker... Nabi Muhammad pun di katakan macam budak kampung jer, Allah mencarut, lebih baik berkawan dgn Syaitan dll. Yang pelik nya pandai lak guna nama Rasulullah bila nak bercakap..Syurga / Neraka itu hanya ALLAH saja yang mengetahui siapa yang bakal memasuki nya.. Tak yah la kita mengatakan yang kita saja yang berada di landasan yang betul dan Orang lain tidak... Fikir fikir kan lah...
Anonymous said…
Tak elok berburuk sangka sesama islam, marilah kita bersatu. Ingat lah apa yang kita ucapkan setiap kali solat "Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku untuk Allah Semesta Alam"
whiteorange said…
Puak puak otaklunyai ni terlupa ,

dalam mereka mengata , mengeji, mencaci, memfitnah, melabel dll orang lain sebagai tidak Islamik

tiba tiba dengan izin Allah, terlondeh satu persatu bukti sebaliknya ..

bermula dengan mengubah negara Islam kepada negara kebajikan, dengan alasan tidak ada negara Islam dalam Quran

diikuti isu gereja dan murtad

dan terkini pengakuan Mat Sabu tentang perjuangan komunis

jadi kita patut tanya kepada si lunyai ni, kepala siapa yang sebenarnya dah Lunyai ni ???

Masih nak mengaku Islam lagikah???

Mana letak KEMALAUN dan rasa malu korang ???

atau korang dah gila talak ke ????
Anonymous said…
Loni, asal sebut je PAS hatiku jd sungguh PANAS. PAS = PANAS weh...........+ NERAKA ulama natte gilo babi
Anonymous said…
BAGUIH LE RAMAI2 MASUK UMNO.. 200RIBU ANAK HARAM DAH LAHIR.. ZINA BEJUTA.. DAH BERCERAI 200RIBU GAK.. MEH RAMAI2 KITA JOIN UMNO SUPAYA MELAYU / ISLAM LAGI HANCUR PUNAH...
Anonymous said…
Tak usahlah tuduh menuduh, cakaplah elok2, kita cari jalan penyelesaian. Jangan lah jadi Islam di bibir sahaja. Rujuk kepada Al Quran ,
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Hujuraat ayat ke 10:
Bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Amin said…
Amin.
Apa, di negeri yang diperintah PAS, tak ada ke anak luar nikah, murtad, bercerai berai ke?. Saya rasa di negeri tu lagi banyak cerai berai, kahwin ramai..isteri sampai dua, tiga...empat...memang sedap kawin banyak....tapi anak-anak terbiar, nafkah tak dibayar. Tahu kahwin banyak..tapi tanggungjawab di mana. Itu terjadi bukan sebab UMNO memerintah, tetapi disebabkan fatwa songsang oleh oarang-orang pas. Tak gitu.........
gafa88 said…
saya tidak berpihak mana mana parti,tetapi saya nampak sekarang ahli ahli UMNO ramai yang beralih dan menghayati agama,tetapi pemimpin PAS pula semakin jauh menyesatkan ahlinya.yang kesian,mereka anggap pas itu islam sbb kononnya perjuangan islam.tahun 80an dulu,umno dianggap taghut,kafir kerana menolak negara islam,tetapi sekarang PAS menolak negara islam kerana katanya dalam alquran tiada negara islam.
Anonymous said…
Kasihan la ahli PAS yang lari masuk UMNO. Dah dapat pas masuk syurga pun lari lagi. Bodoh betul lah depa-depa tu???

UMNO tidak ada pas ke syurga tapi Patri PAS dah pasti ada pas.
Anonymous said…
Mereka hanya menyerah borang untuk masuk UMNO saja, tetapi mereka tidak menyerah kembali pas untuk masuk syurga itu kepada Nik ajis.

Syabas anda tetap boleh masuk syurga.
Anonymous said…
UMNO parti islam

mane ade orang-orang UMNO makan rasuah,judi,arak,semua wanita ISLAMnya menutup aurat,tak cilok duit rakyat.

Pembangkang pandai je buat fitnah.DOSA

Pilihan Pembaca

Wawancara Bersama Tun Daim (Siri Dua)

Wawancara Bersama Tun Daim Zainuddin di Wisma YPR pada 15/04/2008 jam 5.00 petang. Tun Daim Dakwa BN Kalah Kerana “Irrational Optimism” Apakah kelemahan utama ahli-ahli korporat Melayu kini, dulu dan mungkin masa akan datang? In my opinion, many Malay businessmen before and even now have no staying power. Their tendency is to relax so quickly or alternatively the moment they are successful in one sector, they will start to get involved in so many other sectors without realizing that one sector is different from the other. In the end, they will be overstretched (financially and management wise) with not enough attention given to any sector at all. At the end of the day, if one wants to be successful, one has to work hard, think smart and not to relax too soon. What is more important is to manage time, manpower and your finance wisely. If they are not able to manage now, I fear that they will not be able
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendeng
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.