Skip to main content

Mahathir Serang Najib?

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan akan menangani rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu yang dirasakan agak ketara sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati yang membawa kepada pelbagai tuntutan itu berpunca daripada tanggapan dan tafsiran berbeza yang dibuat terhadap konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh pentadbiran Najib. Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Dr Mahathir berkata demikian dalam satu wawancara bersama Astro Awani. Bahagian ini disiarkan hari ini.

“Sekarang ini orang Melayu anggap kata layanan diberi kepada orang Cina dan mereka tak ada apa-apa. Saya harap Bajet (2012) akan datang ini, kerajaan imbangi layanan kepada orang Cina, layanan kepada orang Melayu.

“Dengan itu barulah akan hilang sedikit sebanyak perasaan marah mereka terhadap kerajaan kerana masing-masing anggap kerajaan berat sebelah,” kata beliau.

Jelas Dr Mahathir, salah tafsir terhadap konsep 1 Malaysia menyebabkan orang Melayu misalnya merasakan perlunya ada sekolah satu aliran manakala orang bukan Melayu mahu hak Bumiputera dihapuskan.

“Jadi dengan itu sukar bagi kita untuk memikir bahawa hanya dengan slogan itu saja maka akan berlakulah perpaduan,” kata beliau lagi.

Dr Mahathir sebelum ini pernah meminta pentadbiran kerajaan memberikan penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia, yang diperkenalkan oleh Najib sejak menjadi perdana menteri yang keenam. Menjelang Bajet 2012, Dr Mahathir berharap Najib akan memenuhi harapan orang Melayu dan bukan Melayu.

“Saya harap Datuk Seri Najib sedar bahawa orang Melayu rasa terkilan, rasa mereka dianaktirikan dan dia perlu menentukan bahawa dia tidak menganaktirikan orang Melayu sementara dia juga menjaga kepentingan orang bukan Melayu,” kata beliau yang turut pernah memegang jawatan menteri kewangan ketika menjadi perdana menteri. Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003. Bajet 2012 adalah yang ketiga bagi Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009.

Comments

tungkaran hati said…
Sememangnya ramai orang Melayu kini beranggapan kerajaan telah meggunakan dasar `Cina didahulukan, Melayu diabaikan' sedangkan perbuatan itu umpama `monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' dan lebih teruk lagi `seperti melepaskan anjing tersepit'.
dzimba said…
HAA HAA.. TDM memberi klu kepada Ds Najib tu.

semuga yang terbaik akan dibentangkan dalam bajet nanti
Anonymous said…
Mahathir gian nak jadi PM balik le tu... itu pasal asyik komen tak habis 2 sejak Pak Lah jadi PM dulu.

Apa kata lantik Tun Mahathir yang tua kerepot tu jadi PM semula?
Anonymous said…
Tak best aa..dia jadi PM balik. Jadi OTN boleh la : Orang Tua Nyanyuk - yang gila kritik orang!

Ha ha ha...lol...
Anonymous said…
TUN M BAGI PANDANGAN SEBAB WARTAWAN DOK CARI DIA COZ TUN M X PERNAH BAGI CADANGAN YG X BERASAS..APA YG TUN M CAKAP TUE MEMANG ADA KEBENARANNYA DAN INI LAH YG DIRASAI RAKYAT AKAR UMBI.."MELAYU DI LUPAKAN CINA DIUTAMAKAN"...DAN PESANAN YG TUN BERIKAN INI MENJADI SALAH SATU TANDA SOKONGAN TUN PADA NAJIB..
jejakazman said…
itu komen tun yg harus di fikirkan bersama....siapa kite utk nak mengutuk dia tu adakah kite ni lebih bagus dari Tun.......lagi pun memang itu yg terjadi sekarang ni...jadi fikirlah secara bijak...
Anonymous said…
tun tak serang najib. cuma berharap dan ingin kepastian. macam dalam kelas, tak ramai yang berani nak bertanya kepada guru. harap ada murid yang berani nak tanya. yang lain tu buat andaiannya sendiri. kita bertuah kerana ada tun yang bertanya sesuatu yang tidak mengharapkan sesuatu daripada najib. kalu kita bertanya, tak ingin najib nak layan. tun tanya pun najib tak layan.
Anonymous said…
apa yang TUN katakan memang benar, persepsi rakyat terhadap gagasan 1malaysia banyak disalah ertikan oleh rakyat sendiri.. tanpa kritikan maka kita takkan tahu dimana kelemahan yang perlu diperbaiki..
nok said…
aku nak komen Najib kenapa dia lantik Menteri KDN yg tak tahu buat keje????kerismudin belum boleh jadi menteri penuh lagi....

kalau ada rombakan kabinet si bodoh dan tolol ni mesti di singkirkan....tapi org2 Johor pun bodoh jugak undi wakil rakyatmacam ni.....
Anonymous said…
ANO 11.35
saya rasa kalau nak buat komen gunakan otak yg waras, jangan berselaput dengan kebencian, apa yg Tun M cakap tu ada lah teguran yg iklas kpd kerajaan, bukan ada niat yg x baik kpd pucuk pemimpin, sebagai org yg pernah menjadi PM selama 22 tahun sudah semestinya bliau banyak pengalaman dan apa yg dicakapnya itu ada untuk memberi nasihat, bukan kerana bliau nak jada PM bersangka baik le
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Tun Dr mahathir adalah bekas PM selam 22 tahun. Pandangan beliau amat dinantikan oleh wartawan.

Dan beliau amat berpengaruh terutama dikalangan orang Melayu. Ramai tak suka beliau walaupun merka menghormati Tun.

Apa yang tun cakap adalh benar. Tak perlulah Najib terhegeh hegeh beri bulan dan bintang pada orang Cina kerama mereka sudah tidak akan sokong BN lagi. Kerana rata rata sedar adalah lebih untung jika orang Cina sokong PR kerana yang berkuasa dalam PR ialah DAP.

Sementara dalam BN, UMNO yabg berkuasa. Jika ditakdirkan BN tumbang, yang paling untung ialah orang Cina kerana mereka akan kuasai politik. Orang cina telah berpuluh tahun dihasut bahawa mana mana parti Cina yang bersekutu dengan UMNO sebenarnya tidak jaga kepentingan orang Cina. Kita pun tahu itu tak benar.

Banyak perkara yang buat orang Melayu marah. Namawee kurang ajar tetapi KDN buat tak peduli. Malah najib buat orang Melayu sakit hati dengan sanggup pula beri layanan istimewa pada budak kurang ajar ni.

Ahli politik bukan Melayu ramai yang tunjuk kurang ajar pada kesucian masjid tetapi tiada tindakan diambil.

Najib pula terlalu banyak bantu sekolah Cina walaupun mereka tak menyokongnya. alangkah bagus sebaliknya bantuan tambahan diberi pada sekolah ugama atau UITM.


Mesej Dr mahathir mudah saja. Jagalah hati dan aspirasi penyokong sendiri. Mereka yang patut diutamakan.

Buat apalh berperang dengan Melayu yang naikkan Najib sendiri. Najib sendiri yang akan rugi.
berperang aje..








'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.Pantat KO!!
http://blog1Malaysia.blogspot.com/
Amin said…
Amin.
Salam.
Sebenarnya Tun Mahathir sayangkan Najib, sebab itu dia beri pandangan pada Najib supaya lebih berhati-hati atas perasaan orang Melayu. Walaupun hati orang China dan India juga perlu dijaga, tetapi janganlah ketepikan orang-orang melayu dipinggirkan atau diabaikan. Memang perlu BN memenangi hati oarang China, India dan lain-lain bangsa agar menyokong UMNO dan Barisan. Tetapi tanpa sokongan orang melayu, UMNO dan BN tidak akan dapat Majoriti yang besar bagi menubuhkan kerajaan yang kukuh dan mantap. Saya fikir apa sebab jadi begitu..??sebabnya orang melayu tidak bersatu dan menyokong 100 peratus parti UMNO. Undi orang melayu telah berpecah, jadi untuk mendapatkan majoriti penuh, sokongan kaum-kaum lain amat diperlukan. Begitu juga dengan parti PAS, orang melayu tidak sokong 100 peratus. Cubalah orang melayu sokong 100 peratus parti melayu, kita sebenarnya tidak memerlukan sokongan bangsa-bangsa lain untuk memerintah. Fenomena ini timbul bukanlah salah orang lain..salah kita sendiri. Kita berpecah belah, dan yang memecah-belahkan orang melayu adalah orang melayu sendiri, orang lain apa lagi, tentulah mengambil peluang, tumpang semangkok...Apa kata pada pilihan raya ke 13 ini, orang melayu sokong 100 peratus parti melayu. Parti Pas bersatu dengan parti UMNO. Orang-orang melayu dalam PKR, dalam DAP dan lain-lain parti sokong sama-sama gabungan ini (PAS+UMNO), tentu orang melayu menang besar, masa itu kita tidak perlu sokongan mereka untuk menubuhkan kerajaan. Barulah senang kita hendak tentukan nasib bangsa kita. Kalau bangsa lain hendak join kita, tentukan mereka menghormati hak-hak orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan dihormati dan dipatuhi. Apabila suara kita ramai dalam Dewan Rakyat dan dewan Negara, suara kita menjadi penentu segala dasar yang hendak kita laksanakan. Sebab itu Allah dalam banyak ayat-ayat Al-Quran suruh kita bersatu, bersatu, bersatu. Kerana bersatu itu adalah satu kekuatan yang ada dalam agama kita, untuk menentukan kejayaan bangsa kita....Amin.

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendeng
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca