Skip to main content

Amaran Diraja!

Inilah satu-satunya amaran Diraja yang paling jelas dan terang, sesungguhnya rakyat perlu menolak Pakatan Rakyat atau dengan kata mudahnya menolak Anwar Ibrahim serta semua bala tenteranya. Walau sejahat mana pun UMNO, walau sezalim mana pun UMNO - Pakatan Rakyat jauh lebih zalim dan jahat daripada UMNO. Baca kenyataan Raja Nazrin di bawah :

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.

''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.

''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.

Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

Comments

Pilihan Pembaca

Sampai Bila Najib Mahu Berlembut?

Alangkah baik, sekiranya Datuk Seri Najib boleh berkata begini, "Ok Anwar Ibrahim, aku sanggup jadi saksi pembelaan kes kamu, tetapi dengan satu syarat! Kamu bersumpah dengan nama Allah terlebih dahulu bahawa kamu benar-benar tidak meliwat Saiful - sahut cabaran ini dahulu. Lepas itu baru kamu boleh dakwa aku "cool" atau pun tidak!". Pada hemat saya - kerajaan pimpinan Najib perlu agresif menyerang Pakatan Rakyat - jangan biarkan pelbagai isu dimanipulasi oleh mereka dengan sesuka hati. Para pemimpin UMNO jangan tidur - tolong buka mulut dan jawab tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya. Para pemimpin UMNO sangat lemah dan tidak bertenaga dalam menjawab isu-isu semasa. Najib dan Hishamuddin jangan lembik sangat - tolong keras sikit! Baca berita di bawah: TINDAKAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dia

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bay

JCorp Mungkin Lumpuh!

Nampaknya mungkin satu lagi organisasi perniagaan Melayu akan lumpuh dan hancur di bawah pentadbiran yang tidak tahu erti perjuangan dan berjihad dalam perniagaan. Setelah berjaya menyingkirkan bekas CEO Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim daripada terus menerajui rangkaian perniagaan oraganisasi tersebut beberapa bulan yang lalu - kini pentadbiran baharu JCorp dikatakan sedang merancang untuk menjual sebuah anak syarikat JCorp yang paling bernilai - iaitu syarikat Kulim Bhd. Khabar angin ini sekiranya benar-benar terjadi - ia tidak hanya menjejaskan sumber pendapatan utama JCorp, bahkan lebih jauh daripada itu, JCorp juga akan kehilangan pegangan saham dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holding Bhd yang terbukti telah membawa keuntungan besar kepada syarikat milik kerajaan Johor itu. Kekecewaan Ali Hashim ada asasnya - setelah bertungkus-lumus membangunkan JCorp selama 30 tahun dan berjaya melahirkan begitu ramai usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya, kin