Skip to main content

Napoleon Kecil Terlalu Berkuasa - Jeff Ooi Mangsa Terbaru!

Nampaknya,"Napoleon Kecil" yang didakwa sangat berkuasa dalam DAP semakin kuat mencengkam parti rasis tersebut - golongan Napoleon Kecil ini seolah-olah boleh membuat apa-apa sahaja yang mereka suka. Terbaru, Jeff Ooi menjadi mangsa Jawatankuasa Disiplin Parti, kerana mengkritik secara terbuka kumpulan Napoleon Kecil ini. Hakikatnya, DAP semakin kucar-kacir akibat daripada permainan licik Napoleon-Napoleon Kecil yang terus bersarang dan merosakkan imej DAP. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Anggota jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilepaskan dengan hanya diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana mengkritik ahli parti yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, dalam media.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai berkata, selepas mendengar keterangan Jeff Ooi di ibu pejabat parti di sini semalam, jawatankuasa memutuskan mengeluarkan ‘amaran keras’ terhadap beliau, yang juga Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Beliau telah melanggar disiplin parti dengan menggunakan media tanpa menggunakan semua saluran dalaman yang ada. Ini telah mencemarkan nama parti,” kata Kok Wai kepada pemberita selepas pendengaran itu.

Jeff Ooi sebelum ini telah berbalas kenyataan di media dengan rakan ahli DAP, Hon Wai, yang juga Exco Perumahan Pulau Pinang berhubung kegagalan mendapatkan data lengkap mengenai pemohon-pemohon apartmen kos rendah di Batu Lanchang. Jeff Ooi malah bersikap keterlaluan dengan menggesa Wong meletakkan jawatan.

Pertikaian itu diketahui umum apabila Hon Wai mendakwa Jeff Ooi tidak membuat penyelidikan semasa menyerahkan senarai nama 178 orang yang memohon untuk membeli rumah kos rendah di kawasannya. Jeff Ooi kemudian menjawab dengan menyatakan ‘tuduhan itu tidak berasas’ dan menggesa Wong yang beliau labelkan sebagai ‘Napoleon kecil’, meletakkan jawatan.

Menjelaskan mengenai keputusan jawatankuasa itu hari ini, Kok Wai berkata, Jeff Ooi diberi amaran keras kerana perbuatannya menggelar Hon Wai dengan panggilan tidak baik adalah ‘contoh tidak baik kepada orang ramai’.

"Jeff Ooi sebagai seorang MP (Ahli Parlimen) dan ketua staf Lim Guan Eng sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin parti yang tahu untuk memaparkan perpaduan antara rakan sekerja dan menggunakan saluran sesuai untuk membangkitkan isu.

"Reputasi DAP yang telah dibina dengan susah payah lebih 46 tahun, boleh dimusnahkan dengan mudah melalui tindakan sebegini,” katanya. — Bernama

Comments

Dot said…
dap ada reputasi? hehehehe...

terkenal dgn kepimpinan autokrasi babigasi bapa & anak, itu reputasi ka? hehehee...

masyhur dgn bangkangan demi bangkangan semata2 tanpa ada alternatif membina watan, itu reputasi ka? hehehe...

gah dgn cengkaman ke atas sebilangan melayu tersesat masuk dlm dap, itu reputasi ka? hehehe...

banyakla lu olang punyia leputasi!!!!

seantero dunia tahu record buruk you alz, tak payahla nak jaga nama dgn idea slapstik mcm tu. amaran saja! kenapa tak tarik balik semua kedudukan & gugurkan keahlian si jeff oink tu? kalau parti lain kritik, bukan main lagi lu olang putar2 lagu basi suruh orang buangla, pecatla, apa la...cakap tak selupa mikin langsung! leputasi konon!!!! pigila.....
usin said…
sebelum kena panggil lembaga disiplin lg keputusan dh ada. amaran keras je, boleh agak. dlm dap rupanya ikan bilis boleh telan jerung ye...kehkehkeh, lawakking

Pilihan Pembaca

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhammad ketika berumur  17 t

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!

Isu Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dituduh memperkosa orang gajinya empat tahun yang lalu merupakan FITNAH yang paling jijik dan terkutuk ke atas seorang menteri kabinet. Fitnah ini sengaja direka-reka, seperti mana fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Najib berhubung pembunuhan Altantuya Saaribu. Lebih malang lagi, fitnah ini datangnya daripada para bloggers mesra kerajaan sendiri, yang seharusnya lebih berhati-hati atas segala maklumat yang diterima. Sepatutnya selidik, periksa dan teliti terlebih dahulu tuduhan-tuduhan tersebut, jangan jadikan blog kita seperti kedai kopi. Tidak seharusnya segala dokumen dan lembaran pengakuan daripada pihak luar dijadikan asas penghukuman, sedang ia hanyalah dokumen yang belum melalui proses penentuan keshahihan. Sekiranya diterima sahaja segala tuduhan daripada pihak luar yang membuat laporan selepas empat tahun, tanpa lunas bukti dan undang-undang, maka ia hanya sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara. Isu DS Rais Y

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim. Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau : 1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”. 2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli ya