Skip to main content

Nak Tahu Apa Itu Kebajikan? Inilah Kebajikan Barisan Nasional

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu."Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini."Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.Menurut Muhyiddin, guru yang memiliki ijazah dan berkursus di IPG, mereka dijadual mengikuti latihan selama 18 bulan dan bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan untuk tempoh 66 bulan iaitu di bawah program ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Beliau menjelaskan, bagi baki GSTT berjumlah 3,465 orang itu, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan."Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka."Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, penempatan bagi mereka yang dilantik semula itu tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau pilihan asal.Katanya, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)."Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan GSTT, baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahupun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut,'' kata Muhyiddin.

Comments

Kulaan Niring said…
Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.

http://kulaanniring.blogspot.com

Pilihan Pembaca

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhammad ketika berumur  17 t

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!

Isu Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dituduh memperkosa orang gajinya empat tahun yang lalu merupakan FITNAH yang paling jijik dan terkutuk ke atas seorang menteri kabinet. Fitnah ini sengaja direka-reka, seperti mana fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Najib berhubung pembunuhan Altantuya Saaribu. Lebih malang lagi, fitnah ini datangnya daripada para bloggers mesra kerajaan sendiri, yang seharusnya lebih berhati-hati atas segala maklumat yang diterima. Sepatutnya selidik, periksa dan teliti terlebih dahulu tuduhan-tuduhan tersebut, jangan jadikan blog kita seperti kedai kopi. Tidak seharusnya segala dokumen dan lembaran pengakuan daripada pihak luar dijadikan asas penghukuman, sedang ia hanyalah dokumen yang belum melalui proses penentuan keshahihan. Sekiranya diterima sahaja segala tuduhan daripada pihak luar yang membuat laporan selepas empat tahun, tanpa lunas bukti dan undang-undang, maka ia hanya sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara. Isu DS Rais Y

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim. Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau : 1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”. 2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli ya