Skip to main content

Mesti Baca!

Sabda Rasulullah saw, dibulan Ramadhan ini semua iblis dan syaitan ditambat oleh ALLAH. Maknanya sepatutnya segala dan sifat perangai iblis dan syaitan tidak sepatutnya ada dengan mana-mana orang yang mengaku Islam. Tetapi jika perangai itu masih dilakukan, maka hakikat sebenarnya pelaku itulah iblis dan syaitan sebenar-benarnya!!! Na'uzubillah min zalik.

Teman hanya mampu geleng kepala bila melihat pembohongan dan putar-belit terbaru yang dimainkan oleh kaum pembangkang, termasuk dari kalangan yang mengaku Islam, membabitkan isu seorang rakyat Indonesia bernama Mismah yang telah diberikan kewarganegaraan atas dakyah konon pihak SPR berpakat dengan JPN untuk menambah pengundi.

Sudah hilang kewarasan ke kaum pembangkang ini? Sudah tiada kemaluan lagikah pada ALLAH dan diri sendiri? Teman sampai bertanya, mereka ini sudah bertuhankan kerusi kah sehingga sudah tidak tahu lagi batasan kebenaran dan pembohongan, haq dan palsu, dosa dan pahala!

Konon pembohongan itu ialah seorang rakyat Indonesia bernama Mismah diluluskan taraf Penduduk Tetap (KP merah) pada jam 11.30am, dan kemudian diberikan kewarganegaraan pada jam 03.30pm hari yang sama. Dan beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR!!! Semuanya dalam tempoh 4 jam sahaja! Kalau mereka yang tidak berminat dengan kebenaran membaca, pasti mereka akan terpedaya. Maka SPR, JPN, dan Kerajaan akan dimaki hamun dan dihamput. Kaum Anwarinas siap buat kenyataan media menyebarkan pembohongan ini, siap ugut kerajaan dan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran lagi. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Sudir said…
Kelakarlah aku tengok puak pakatan haram ni.. Dah takde isu, nak buat isu..

Pengabihnya kantoi sendiri.. pastu nak tutup kemaluan dengan kemaluan.. cehh..
Anonymous said…
iblis betul2 dipenjara bagi orang yg betul2 berpuasa.kalau bisik2 iblis masih dlm lubuk hati bermakna benteng puasa itu tidak kuat.itulah dikatakan oleh ulama akhirat: Ada orang berpuasa tapi berbuka dan ada orang berbuka tapi berpuasa."
budakkampong said…
iblis memang kena ikat di bulan ni,tapi kita jangan lupa pengikut hasutan iblis sentiasa ada,malah fitnah dah umpatan dah jadi makanan mereka,oleh itu tak hairan la masih ada yg bebuat pekara tak baik semasa bulan yang mulia nih,iblis diikat,tapi anak murid dia bebas merata tempat..

Pilihan Pembaca

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhammad ketika berumur  17 t

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!

Isu Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dituduh memperkosa orang gajinya empat tahun yang lalu merupakan FITNAH yang paling jijik dan terkutuk ke atas seorang menteri kabinet. Fitnah ini sengaja direka-reka, seperti mana fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Najib berhubung pembunuhan Altantuya Saaribu. Lebih malang lagi, fitnah ini datangnya daripada para bloggers mesra kerajaan sendiri, yang seharusnya lebih berhati-hati atas segala maklumat yang diterima. Sepatutnya selidik, periksa dan teliti terlebih dahulu tuduhan-tuduhan tersebut, jangan jadikan blog kita seperti kedai kopi. Tidak seharusnya segala dokumen dan lembaran pengakuan daripada pihak luar dijadikan asas penghukuman, sedang ia hanyalah dokumen yang belum melalui proses penentuan keshahihan. Sekiranya diterima sahaja segala tuduhan daripada pihak luar yang membuat laporan selepas empat tahun, tanpa lunas bukti dan undang-undang, maka ia hanya sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara. Isu DS Rais Y

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim. Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau : 1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”. 2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli ya