Skip to main content

Jangan Khuatir Tuan Mufti!

Demi Allah, jika kita memerlukan 100 tahun lagi bagi menghumban Anwar Ibrahim ke dalam penjara - maka lakukan! Mulut dan lidahnya sudah cukup menjadi fitnah dan bencana kepada negara ini. Kelakuan dan tabiatnya sudah cukup merosakkan nama Islam, minda dan pemikirannya sudah cukup untuk menghancurkan umat Islam di negara ini. Percayalah wahai Mufti Perak yang saya sayangi - ada sebab dan bukti yang kukuhlah, maka Tun Mahathir mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim - InsyaAllah di akhirat kelak nanti, Tuan Mufti antara lautan manusia yang akan mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang dituduh sebagai Mahafiraun kerana memecat Anwar Ibrahim - cukuplah dengan segala bukti yang ada sekarang - dari sumpah Mubahalah hingga ke rakaman video, semuanya mengsahkan siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar. Walau sebesar mana pun dosa Mahathir, demi Allah, kebaikannya yang ikhlas dalam menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetap tercatat sebagai amal mulia yang mendapat redha Allah. Jangan risau tuan Mufti, doalah semoga Allah memberi hidayah kepada para pemimpin kita, semoga umat Islam bersatu padu. Wallahualam. Baca laporan Harakah di bawah :

KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti. Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

"Tun Mahathir selalu dengar nasihat saya tetapi enggan dengar bila nak pecat Datuk Seri Anwar dan buat peralihan kuasa dan jangan buat tuduhan liwat jika tidak cukup saksi," kata Harussani dalam forum itu.Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah.""Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani. Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi. Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Comments

shamshul anuar said…
Saudara azli,

Dr Mahathir bertindak betul dengan memecat Anwar. Memang mulanya orang Melayu tak dapat terima memandangkan Anwar pandai berlakon dan boleh pula jadi imam. Jadi pada orang Melayu, tak mungkin Anwar seperti yang Dr Mahathir katakan.

Namun Dr Mahathir secara jujur saya rasa mungkin terlepas pandang bahawa ia beri "layanan diraja " pada Anwar.

Anwar menyertai UMNO dengan Dr Mahathir siap disisinya . Tak sepeti orang lain hantar borang keahlian. Dan dalam masa singkat jadi Ketua pemuda UMNO.

Dan kesalahan terbesar Dr Mahathir ialah beliau gagal secara terus terang menegur Anwar yang mahu menentang Tun Ghaffar pada 1993.

Dr Mahathir jugalah yang melantik Tun Ghaffar pada 1986 sebagai TPM. Bukan Tun Ghaffar yang minta.

Walaupun saya hormat Tun Dr mahathir kerana jasanya yang banyak dan kesanggupan meletak jawatan di puncak kegemilangannya, saya fikir Tun DR Mahathir mungkin tak perasan bahawa Tun Ghaffar disebalik imej kekampungan banyak berjasa pada UMNO.

Ramai mungkin terlupa kerana percayakan TUn Ghaffarlah maka TUN Mustapha sanggup bubarkan USNO untuk buka jalan pada UMNO memasuki politik Sabah .

Sejarah tidak boleh diubah. Namun ianya mesti jadi pengajaran. Jika Tun Dr mahathir bertegas tegur Anwar supaya bersabar serta menyatakan sokongan pada Tun Ghaffar, beliau( TUn Dr mahathir) tidak akan berdepan dengan kemelut yang teruk bila memecat Anwar pada 1998.

Dan pemecatan Anwar juga serlahkan peribadi PAS sebenarnya. Sebelum Anwar dipecat lagi, PAS terutamanya Mohd Sabu yang hanya dikenali sebab bermulut celupar memanggil Anwar sebagai "aljuburi" serta mencabar Tun Dr mahathir meemecat Anwar.

Kini PAS pula sokong Anwar.

Benarlah umat Islam akhir zaman akan berhadaopan dengan orang yang nampak alim( dari pakaian saja) tetapi sebenarnya berperang dengan Islam

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Apa Salahnya Mukhriz?

Apa Salahnya Mukhriz? Nampaknya, apabila fikiran sudah tidak waras lagi, maka yang datang menghantui fikiran adalah sifat amarah dan berburuk sangka. Inilah yang berlaku apabila terdapat banyak blogger yang mendakwa, kenapa dengan tiba-tiba sahaja, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin agung dalam eranya (kata-kta ini terbukti satu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak pun menyebut pemimpin agung)?, hal ini menurut para blogger yang membenci Tun Mahathir dan keluarganya – membuktikan sikap talam dua muka Datuk Mukhriz Mahathir, yang menurut mereka, Mukhrizlah orang pertama yang beria-ria mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan segera, dan kini beliau pula yang memohon agar Abdullah dihormati selepas beliau bersara kelak sebagai pemimpin UMNO yang berjasa kepada parti. Apakah salah kenyataan Datuk Mukhriz itu? Lihat laporan tersebut : “Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli U

Satu Tindakan Bijak

Satu Tindakan Bijak KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat. Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan. Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan per