Skip to main content

Isu Kematian Sarbaini Selesai - Mati Bukan Dibunuh!

Akhirnya kematian Ahmad Sarbaini Mohamed di bangunan SPRM terjawab juga - muktamad bahawa beliau bukan mati di bunuh, sebaliknya mati akibat terjatuh daripada cubaan melarikan diri melalui tingkap di bilik pantri aras tiga bangunan SPRM - apakah tujuan beliau cuba keluar daripada tingkap di bilik pantri tersebut masih tidak diketahui. Tapi yang penting - ini bukan kes pembunuhan, ia sama seperti kes Teoh Beng Hock yang sengaja disensasikan untuk memburukkan agensi kerajaan. Saya yakin, kes Teoh Beng Hock adalah kes membunuh diri, manakala kes Ahmad Sarbaini pula adalah kes cubaan melarikan diri yang akhirnya mengorbankan diri beliau sendiri. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan. Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Bernama

Comments

Anonymous said…
Walaupun bagaimana kuat hujah dibentangkan oleh pakar-pakar, nampaknya masih ramai belum dapat menerima.Ini mungkin ketidakpercayaan terhadap agensi kerajaan semakin membuak dlm masyarakat sebagaimana rakyat susah nak menerima konsep 1Malaysia jika polarisasi kaum semakin membesar gara-gara mulut orang politik disebarkan lagi melaui media perdana. Transformasi menjadi nasi basi, tak lalu dimakan.
tintamuda said…
apa yang membuatkan arwah keluar ikut tingkap? hujah lemah!
Anonymous said…
kalau nak dibunuh kenapa tidak diracun sahaja...atau dipengsan dan dibunuh di tempat lain....kenapa SPRM perlu membunuh saksi mereka yg penting? jangan pandai pandai nak buat spekulasi sendiri, dah ada keputusan selebihnya serah pada Allah.

Pilihan Pembaca

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhammad ketika berumur  17 t

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!

Isu Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dituduh memperkosa orang gajinya empat tahun yang lalu merupakan FITNAH yang paling jijik dan terkutuk ke atas seorang menteri kabinet. Fitnah ini sengaja direka-reka, seperti mana fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Najib berhubung pembunuhan Altantuya Saaribu. Lebih malang lagi, fitnah ini datangnya daripada para bloggers mesra kerajaan sendiri, yang seharusnya lebih berhati-hati atas segala maklumat yang diterima. Sepatutnya selidik, periksa dan teliti terlebih dahulu tuduhan-tuduhan tersebut, jangan jadikan blog kita seperti kedai kopi. Tidak seharusnya segala dokumen dan lembaran pengakuan daripada pihak luar dijadikan asas penghukuman, sedang ia hanyalah dokumen yang belum melalui proses penentuan keshahihan. Sekiranya diterima sahaja segala tuduhan daripada pihak luar yang membuat laporan selepas empat tahun, tanpa lunas bukti dan undang-undang, maka ia hanya sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara. Isu DS Rais Y

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim. Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau : 1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”. 2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli ya