Skip to main content

Enakmen Murtad 1988 : DAP Menentang Keras!

PETALING JAYA, 7 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai telah bertindak mengikut lunas perundangan ketika menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di sini kerana enakmen diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1988 membolehkan tindakan ke atas bukan Islam.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, peruntukan itu bermakna pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut undang-undang syariah. Justeru kata Lim, tindakan berkaitan dakwaan bahawa majlis makan malam anjuran gereja menggunakan kalimah “al-Quran” dan “doa” untuk memurtadkan orang Islam tidak tertakluk dalam konteks penguatkuasaan agama.

“Sementara Jais kemungkinan ada kuasa perundangan untuk memasuki premis, ia harus dilakukan menggunakan asas perundangan yang betul, di mana satu kesalahan didapati telah dilakukan.

“Daripada fakta-fakta yang wujud, tiada asas bagi tindakan menyerbu,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada The Malaysian Insider.

Menurut Lim terdapat empat undang-undang yang memberi kuasa yang luas kepada pihak berkuasa untuk bertindak dalam soal berkaitan dengan agama iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Beberapa kesalahan yang digariskan termasuklah memujuk atau menggalakkan Muslim untuk tukar agama, menerima arahan ataupun untuk menyertai mana-mana aktiviti demi kepentingan agama bukan Islam; jika bukan Islam berkomunikasi dengan seseorang yang beragama Islam bagi mengakibatkan mereka didedahkan kepada sebarang ucapan berkaitan agama bukan Islam dan jika seseorang menggunakan sesetengah perkataan untuk menggambarkan kepercayaan agama bukan Islam.

Seksyen 11 enakmen itu juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang “berat”, di mana di bawah Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang polis daripada menyerbu mana-mana kawasan persendirian seperti yang disaksikan di premis Gereja Methodist Damansara Utama.

The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat DAP pernah menimbulkan bangkangan mereka ketika enakman itu digubal di Dewan Undangan Negeri Selangor 1988 atas alasan itu menghakis hak asasi masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun enakmen itu diluluskan termasuk dengan sokongan wakil rakyat bukan Islam, khasnya dari MCA. Penasihat DAP Lim Kit Siang mengesahkan kontroversi itu dengan menegaskan, enakman itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

“Saya tidak boleh ingat dengan spesifik butiran undang-undang itu, tetapi DAP telah menentang dengan keras,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. Pun begitu, Lim enggan mengulas apabila ditanya sama ia bermakna MCA dan BN harus dipersalahkan berbanding Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan negeri Selangor ekoran serbuan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

“Buat masa ini, kita masih tidak tahu dengan tepat asas Jais mengadakan serbuan, jadi sukar untuk mengatakan siapa yang salah dan siapa yang betul.

“Biar kita tunggu (Menteri Besar Selangor Tan Sri) Khalid Ibrahim membuat kenyataan,” kata beliau.

Kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan kecaman ekoran laporan bahawa Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lalu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga mengecam Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jais. Hasan, exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama, dijangka akan memberi penjelasan kepada PAS hari ini.

Comments

Anonymous said…
Kalau kerajaan tidak dapat membela org islam dari murtad, kita rakyat nampaknya terpaksa mempertahankannya seperti di Indonesia.
Unknown said…
Dijemput para pelayar semua keblog saya,dan nilai bagaimana kristian memasang strategi menarik orang melayu kearah murtad..terima kasih azli diatas artikal anda,,saya copy dan sinpan
azlishukri said…
sama2 tuan jentayu
Dot said…
terbalik kot habis! mana ulama' semua ni? takkan nak biar datuk hassan ali bertahan sorang diir???

Pilihan Pembaca

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhammad ketika berumur  17 t

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!

Isu Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dituduh memperkosa orang gajinya empat tahun yang lalu merupakan FITNAH yang paling jijik dan terkutuk ke atas seorang menteri kabinet. Fitnah ini sengaja direka-reka, seperti mana fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Najib berhubung pembunuhan Altantuya Saaribu. Lebih malang lagi, fitnah ini datangnya daripada para bloggers mesra kerajaan sendiri, yang seharusnya lebih berhati-hati atas segala maklumat yang diterima. Sepatutnya selidik, periksa dan teliti terlebih dahulu tuduhan-tuduhan tersebut, jangan jadikan blog kita seperti kedai kopi. Tidak seharusnya segala dokumen dan lembaran pengakuan daripada pihak luar dijadikan asas penghukuman, sedang ia hanyalah dokumen yang belum melalui proses penentuan keshahihan. Sekiranya diterima sahaja segala tuduhan daripada pihak luar yang membuat laporan selepas empat tahun, tanpa lunas bukti dan undang-undang, maka ia hanya sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara. Isu DS Rais Y

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim. Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau : 1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”. 2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli ya