Skip to main content

Bersama Kita Berdoa Semoga Najib Selamat Menjalani Pembedahan

Marilah bersama-sama kita berdoa agar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan lutut kirinya esok dan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, kuatkan berdoa, agar kita semakin hampir dengan-Nya. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas, semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas. Perdana Menteri berkata, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. – Bernama

Comments

amieiezam said…
kalau naik "wilcha" esok pun ada sebabnya...tak perlu menipu
Aznan Isa said…
Kepada Dr yang bakal bedah lutut DS Najib, sila panggil juga pakar otak yang berkelayakan untuk memeriksa otak Najib kerana dia disyaki menghidap penyakit "Melayu Mudah Lupa".Dia sering melalut dan cakap "berputar-putar" sehingga ada rakyat yang suruh dia "diam".Sila teliti nasihat saya, kerana saya "sayang" sangat dengan PM.Sekian.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Blog Pro-Kerajaan Diserang!

Blog Pro-Kerajaan Diserang! Usaha untuk memadamkan kebenaran semakin giat dijalankan oleh para hacker (penggodam) untuk menutup kelemahan parti pembangkang atau pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim. Setelah salah seorang blogger Pembela Negara, saudara Kumbang melalui blognya analisisringan.blogspot.com digodam dua hari yang lepas, para hacker ini bersembunyi dibalik nama blog tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan lewat petang semalam dan sehari sebelumnya. Blog saya juga tidak ketinggalan daripada diserang sebanyak dua kali melalui domain blog milik Kumbang tersebut. Serangan terpaksa dipatahkan seberapa segera, agar domain atau tapak blog tersebut tidak digunakan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melancarkan serangan yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini daripada terus-menerus memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama blog pro-kerajaan. Modus operandinya adalah sangat mudah - iaitu m