Skip to main content

Di Mana Ulama Lain?

Syabas saya ucapkan kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang juga merupakan bekas Mufti Johor dalam mempertahankan kebenaran, sekali pun pahit rasanya. Sehingga hari ini, masih tidak ramai ulama yang berani tampil bagi menjelaskan bertapa haramnya melakukan demonstrasi seperti mana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui Perhimpunan Bersih. Namun demikian, dengan adanya ulama jujur seperti Datuk Noh Gadut ini, diharapkan akan bangkit ulama-ulama lain dalam berhadapan dengan ulama-ulama PAS yang tidak amanah dengan ilmu yang mereka miliki. Baca kenyataan beliau di sini..

Comments

entahlah saudara,,setakat ni hanya mufti perak dan bekas mufti johor dan perlis sahaja yang bersuara..mufti dan ulama lain langsung tak berbunyi.
Anonymous said…
kalaula lebih ramai ulama yang berani menyatakan kebenaran maka akan berkuranglah umat yang terkeliru
Anonymous said…
tak ada ka org berani pegi tanya pendapat harun din...tgk apa pendapat dia...lepas tu pegi pulak tanya adik dia hassan din..tgk pulak...rasa nya 2 padangan berbeza..sbb hassan din lbh kpd pro gomen.....then pegi tanay sndr hassan ali..sbb dia kan dah terbuang..mungkin dia lebih kearah natural skrg.....menteri kita..jamil khir..seorg yg tersohor juga ilmu agama...knp tak bersuara lebih lantang.......
oRang kAmpong said…
salam ziarah bro.sorry lama hilang.sibok noreh getah.pas tu laptop rosaklah pulak.2 mlm sudah teman sembang ngan kengkawan pasbeg ni.dierog memang dah sakit tenat sgt.teman ingat lg 20 th lalu depa halalkan darah org islam ameno utk di minum.elok rasanya dan dah smpi masa dan ketikanya kita halalkan pulak darah mereka utk buat perencah kari ke atau apa2 jelah.melampau yg amat sgt dah bro.sorrylah terkasar ckit.pisau getah teman patah xd xdapat noreh.
Anonymous said…
dulu kini dan selamanya, ramai yang makan roti canai kosong....jarang sangat yang makan yang makan roti canai Dr. M. tanyalah kedai mamak...roti canai Dr.M tu apa.........
amieiezam said…
roti canai ada telor!!!

dalam youtube ada 1 penceramah bebas dari singapura totally bebas politic malaysia yang beri pendapat berdasarkan hukum islam bahawa demo adalah haram menurut islam... pendapat selari dgn x mufti johor, tapi sudahnya nanti dituduh makan suap pulak....

teguran Datuk Noh Gadut tu bukan pada bersih sahaja malah utk perkasa dan pemuda...so jangan amik ringan... aku sokong UMNO/BN tapi bab agama aku takleh kompromi, apa kata alim ulama islam aku amik berat!!!
Anonymous said…
Perhimpunan yang macam mana yang di benarkan kat MALAYSIA ni.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, na

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper