
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.
"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.
"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.
"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.
"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.
Comments
LEBIH PARAH LAGI BILA ORANG YANG MENGAKU ISLAM MENOLAK KAEDAH YANG TELAH ISLAM TENTUKAN.
APALAH AGAKNYA NAK JAWAB DI DEPAN ALLAH SWT KELAK.
BERTAUBATLAH. SENTIASA MOHON PETUNJUK KE JALAN YG BENAR. BELUM TERLAMBAT.
Mungkin kerana Tok Najib dan sepupunya mahu untuk kelihatan lebih terbuka di mata rakan-rakan baru mereka di US.
zahimi
nwar telah diberi peluang membela diri secukupnya tapi dia selalunya mengambil jalan yg susah...berbelit2 & tidak kemas sepertimana yg kita semua harapkan.
kata2nya berpusing2 & selalunya tidak pernah menjawab soalan dgn tepat walaupun soalan yg paling mudah. ambil contoh soalah dari moderator cnn dulu & yahoo on-line baru2 ni. banyak yg ambo rasa orang2 pkr sendiri tak puas hati krn ketua mrk jawab korner2 baring lagi...
satu saja orang nak tahu: ya atau tidak?
orang kita ni mudah sebenarnya... kalau mamat sorang tu bercakap bercerita benda yg benar akan disertakan dgn bersumpah junjung AlQuran, pastu semua orang percaya krn AlQuran satu2nya mu'jizat yg kita akui masih wujud. tak ada orang yg pertikai jika bersumpah dgn nama Allah & junjung AlQuran...kena laknat & tulah nanti kata orng kampung kalu main2 dgn AlQuran!
tapi mengapa nwar tidak pernah mahu bersumpah dgn nama Allah SWT & menjunjung AlQuran? walaupun kononnya ramai ulamak yg kata tak betul sumpah muhabalah yg dibuat namun TAK ADA SIAPAPUN YG TAMPIL TUNJUK CARA YG BETUL MEMBUAT SUMPAH NI!
macam nwar sendiri mempertikaikan sumpah yg dilakukan oleh mrk yg mendakwa dia membuat gitu gini, MENGAPA NWAR SENDIRI TIDAK BUAT SUMPAH DGN CARA YG DIA KATA BETUL & DIPERAKUI OLEH SHEIKH YUSOFF ALQARDHAWI KA, AL PROF DR WAHBAH ZUHAILI KA , AL GORE KA...oops!
dah berapa ramai ulamak yg nwar kenal rapat boleh tunjukki akan dikau wahai nwar? masalahnya dia tak berani nak bersumpah dgn betul sbb dia buat benda yg tak betul!!!!!
Tindakan 'terbuka' yang cuba ditunjukkan oleh Najib dan Hisham dalam menangani beberapa isu kebelakangan ini lebih menampakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan keselamatan.
Peguam Negara dan PDRM nampak lebih 'berpolitik' dan terlampau berhati hati hingga menjejaskan imej dan reputasi.
Cuma yang pasti kalau kita yang kerdil ni buat salah sikit dah kena hentak. Potong double line pun kena RM300 wlaupun bawa orang sedang sakit dalam kereta. Yealah, kita ni tidak ada apa apa kepentingan apatah lagi dari segi politik.
Anwar buat salah wlpun ada bukti video, ada bukti DNA, akuan sumpah dlm masjid bersaksi beribu orang masih ok sebab Anwar kata bukan dia, PKR kata bukan bos depa. Siapa Penguasa ni? Anwar/PKR ke KDN?
Adakah masalah criminal boleh dianggap political? Orang yang buat salah tak mahu tangkap, orang yang tunjukkan kesalahan yang dilakukan pulak nak dihukum? Soooo many things not right laaa.....
Peguam Negara....hilang suara
Menteri KDN......hilang suara
(Kami berdoa semoga tak bisu)
Kena belajar sign language
http://malaysianepic.blogspot.com/
Betul ke Dr Puad Zarkashi cakap begitu?. Kalau betul, memang malang sungguhlah kita rakyat Malaysia sekarang. Bukan sahaja orang dan penyokong PR yang tidak yakin dengan proses mahkamah, orang kuat kerajaan pun sama.
kerajaan bersalah tidak tegas melaksanakan semua undang2 yg ada. ini sebab utama sesiapa yg berpijak dinegara tak peduli dan takut undang, sekalipon undang2 dilaksana hukuman masih tidak setimpal dengan kesalahan yg dibuat, tak guna beri alasan undang2 boleh mengajar manusia menjadi baik, malah tolakansur akan diambil kesempatan pihak tertentu melakukan kesalahan berulang dan munkin lebih besar lagi.
disini pelaku salah bebas menghuruharakan negara, menghasut org awam membenci kerajaan. tapi apa yg pihak berkuasa telah lakukan? tetap bebas, hari2 muka dimedia, dapat layanan VVIP lagi. ini memberi tanggapan bahawa pesalah dipihak yg benar dan pesalah sentiasa mengatur stratiji menghimpun pengikut menjadi satu kelompok besar sedia diracun dan digembling utk menentang kerajaan, padah sudah kita tau, masyarakat dan ketenteraman awam terus tergugat.
sia-sia ada macam2 undang2 jika adapon tak berjaya menghalang pesalah terus bermaharaja lela melakukan onar setiap hari.
beri respon hal ini.