
Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?,” tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin. Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai ‘kuda Trojan’ serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.
Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat. “Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot. “Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini,” soalnya. Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.
“Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan. “Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi,” ujar Raja Petra. Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung. “Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung. “Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?
“Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar. “Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar,” tulisnya. Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah. Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.
Comments
Jgn mudah pecaya sgt dgn RPK ni..Ni suma wayang je..Mcm wayang2 sblm ni la..Bkn x biasa dgn RPK ni kn..
Cari tuan baaaaruuu...hahaha..
Itulah yang dikatakan kita sepatutnya ada tolak ansur bak kata "Give and Take".
Tapi dalam kes RPK ni DSAI yang "GIVE" dan RPK yang "TAKE" bila dah tak ada give lagi maka RPK pulak yang "GIVE" kepada DSAI.
Itulah pusingan dunia, hari ini dia kawan kita esok mungkin di lawan kita jadi jangan terlalu menganggap diri kita ini bertuah sepanjang masa dan mulut kita patut diinsurankan agar tidak memakan diri sendiri nanti.
DR NO
RPK.... aku ingat sapa yang boleh bantu dia, itu yang dia bantu. La ni aku rasa KITA ada can disanjung RPK.... Sbb sebelum Zaid keluar PKR dia sudah minum ais kacang dgn RPK.
Silap2, Bala PI tu buleh tukar itu statement akuan bersumpah, bantai semula Anwar sbb dia pun sudah minum ais kacang sama itu KITA punya presiden....