
Cuba kita ingat, siapakah gerangan yang mencalar dan melacurkan Dewan Rakyat dengan sepanduk dan tulisan-tulisan biadab yang langsung tidak menggambarkan Lim dan "geng"nya menghormati semangat perlembagaan negara di Dewan Rakyat? Apakah ini akhlak para Yang Berhormat Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kononnya mereka benar-benar memahami aspirasi perlembagaan negara? Isu pelantikan Khusri sebagai SUK Selangor merupakan ujian kepada DAP dan Pakatan Rakyat, apakah selama ini mereka benar-benar taat dan menurut perintah Raja-Raja Melayu, atau pun sekadar berlakon dan berpura-pura kononnya akan mempertahan dan mendukung institusi Kesultanan Melayu?
Pada hemat saya, cara terbaik MB Selangor dan Pakatan Rakyat menghormati semangat Perlembagaan Negeri Selangor adalah dengan menerima dan menunjukkan ketaatan terhadap kehendak Tuanku Sultan Selangor, yang telah membuat keputusan untuk memilih Khusri sebagai KSU negeri - Habis cerita! Susah sangatkah DAP dan Khalid Ibrahim untuk menerima pilihan Tuanku Sultan Selangor tersebut?Mengapa hal yang sekecil ini pun hendak dibesar-besarkan oleh DAP? Atau sebenarnya mereka mempunyai agenda lain? Salahkah Sultan Selangor meletakkan Khusri sebagai SUK bagi melancarkan pentadbiran negeri agar tidak dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? Salahkah Sultan Selangor mahu mengimbangi corak pentadbiran Pakatan Rakyat yang selama ini terbukti merugikan orang Melayu-Islam?
Walauapa pun alasan dan hujah Lim Kit Siang, sesungguhnya isu ini membuktikan hakikat paling nyata bahawa Pakatan Rakyat dan DAP langsung tidak menghormati dan memperdulikan hak Sultan Selangor. Cubalah kita bayangkan, sekiranya hal yang sangat kecil seperti ini pun, DAP tidak mampu menunjukkan ketaatan mereka kepada Sultan Selangor, apakah kita boleh mengharap Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan menjaga kebajikan orang-orang Melayu-Islam dan mempertahankan institusi Kesultanan Melayu di negara ini? Tepuk dada tanya iman. Dan apakah orang seperti Lim Kit Siang yang tidak menghormati Sultan Selangor ini, hendak kita terima sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang? Masih adakah orang Melayu yang buta tentang semua ini? Ada benarnya, kata-kata YB Zulkifli Noordin, DAP ini patut diharamkan sahaja di Malaysia! Takbir!!!
Comments
DAH LAMA JADI MP PUN TAK TAHU UNDANG2 KE?
dia ni bebal ke tak reti bahasa?
HABIS LINGKUP DIBUATNYA...
ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT DIBUMI SENDIRI....
kafir DAP yang telah ber'model'kan PAP...yang lebih 'melayu' daripada melayu...yang jadi 'Islam' hanya dengan berpakaian 'sopan'...ber'selendang'...masuk surau...baca ayat2 Al-Quran....
dan apabila memegang kuasa...segala tentang 'kebebasan' beragama disekat apabila melibatkan ISLAM.....malah dimanipulasi kan habis2an...
kafir DAP ini lah yang PAS bersekongkol....dan begitu akrab dengan 'berbaik sangka' akan setiap perilaku dan kenyataan mereka....sehingga sgp mempertahankan...
adakah PAS pejuang ISLAM?
Kalimah Allah yang tidak dipertahankan...malah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH untuk digunakan oleh agama selain agama ISLAM YANG BENAR.....(akidah tu)
pertikai kan sumpah laknat...yang bersumpah atas nama ALLAH untuk kebenaran....(kepercayaan terhadap ALLAH)
PAS hanya mempolitikkan ISLAM daripada memperjuangkan.....
wallahu'alam...