Skip to main content

Pakatan Rakyat Diperdaya! PRU Ke-13 Bukan Bulan Mac 2011

Setelah meneliti pelbagai komen dan ulasan dari pelbagai pihak, maka saya secara peribadi membuat satu kesimpulan penting - sesungguhnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bulan Mac atau pun April depan. Sebaliknya, kemungkinan besar PRU Ke-13 akan diadakan pada Januari atau Mac 2012. DS Najib akan menjadikan Pilihan Raya Sarawak sebagai indikator utama, sama ada rakyat kembali menyokong BN atau pun sebaliknya. Sekiranya Pilihan Raya Sarawak, BN mencatat kemenang besar, tidak mustahil PRU Ke-13 akan diadakan pada hujung tahun 2011, sama ada September atau November. Baca laporan berita ini.

KUALA LUMPUR, 7 Dis — The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar - yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat. Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam.

Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya “sukar” kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa. Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.

Tengku Razaleigh telah memainkan peranan besar bagi Umno-BN memperoleh kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil diadakan awal bulan lalu. “Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang ialah BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu, yang moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik dan Umno yang (dilihat) kuat menggalakkan nilai-nilai Islam, enggan memberi sokongan mereka kepada parti yang memerintah,” kata majalah itu dalam laporan edisi terbaru Disember mengenai Malaysia.

Semalam, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dihadapkan di mahkamah berhubung isu pemilihan tanah. Beliau juga ketua pembangkang Selangor. Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan BN, yang parti terasnya Umno, akan merampas balik satu atau dua negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, tetapi kemungkinan tidak akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen. Laporan itu juga menekankan bahawa golongan Melayu liberal dan kelas pertengahan sudah pun beralih daripada parti Melayu terbesar itu untuk menyokong Pakatan Rakyat - pembangkang peringkat persekutuan.

“Meskipun pengundi-pengundi muda di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia terus menyokong Umno, sejumlah (pengundi) dalam jumlah yang signifikan di kalangan golongan Melayu berpelajaran, kelas pertengahan beralih daripada parti Melayu yang memerintah untuk memihak pembangkang,” kata laporan itu. Bagaimanapun laporan itu juga menyebut Pakatan Rakyat kemungkinan akan gagal untuk menawan Putrajaya walaupun boleh menerokai kejayaan lebih baik berbanding 2008.

“Pakatan Rakyat akan memperoleh kejayaan, walaupun akan berhadapan dengan masalah dalaman selepas kemungkinan Anwar dikeluarkan daripada arena politik, tetapi perikatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh kerusi secukupunya untuk membentuk sebuah kerajaan (persekutuan),” kata laporan itu. Malah laporan itu juga meramalkan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan berhubung tuduhan liwat kedua yang sedang dihadapnya.

Kes itu sedang didengar oleh Mahkamah Tinggi. Meskipun banyak pihak membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada Mac 2011, laporan Economist Intelligence Unit masih kekal dengan hujahnya bahawa beliau hanya akan menetapkan tarikh itu selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011.

“Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak. “Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menyediakan petanda baik mengenai sokongan bagi kerajaan dan pelan pembaharuannya,” kata laporan itu lagi. Minggu lalu Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan - dipercayai sebahagian besar daripada usahanya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Comments

Yuseri Yusoff said…
Salam bro Azli,

Terima kasih memautkan blog saya..
azlishukri said…
ok Double selamat berjuang
Anonymous said…
najib ada strategi, anwar pun ada strategi....yang sebenar yg membuat strategi adalah Tuhan Empunya Kuasa...

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Mengapakah Batman Memerlukan Joker?

DALAM SESEBUAH CERITA YANG MENJADIKAN SESUATU watak itu menarik bukanlah watak itu sendiri. Sebaliknya hubungan antara watak tersebut dengan watak-watak lain yang akan menjadikan sesebuah cerita itu menarik untuk diikuti.   Apakah Batman, wataknya dengan sendiri menjadi sangat menarik? Tidak juga. Tetapi di sebelahnya ada Joker, hubungan mereka berdualah yang menjadikan watak Batman  menjadi sangat menarik lagi kekal relevan.     Hubungan antara watak Batman dengan Joker membina differentiation (perbezaan). Maka lahirlah positioning (gambaran) di dalam kotak minda penonton tentang kedua-dua watak tersebut - sang jahat menentang penyelamat dunia.    Dalam marketing, differentiation ialah alat untuk membina positioning di dalam pemikiran pelanggan. Ia sama dengan apa yang berlaku di dalam filem.    Walter White menarik kerana hubungannya dengan Jesse dan Hank. Neo menarik kerana hubungannya dengan Trinity dan Ejen Smith. Don Draper menarik kerana adanya Roger dan Peggy.   Hubungan inila