Skip to main content

Mengapa Sanggup Mati Demi Karpal Singh?

Karpal Singh pernah mengucapkan "OVER MY DEAD BODY" ketika PAS beretorik hendak mengujudkan negara yang berteraskan hukum hudud. Begitu kuat sekali tentangan Karpal, Pengerusi DAP terhadap perjuangan PAS ketika itu. Malangnya Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu telah mengucapkan kata-kata yang membawa erti beliau sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh sekiranya ada pihak yang yang ingin mengapakan beliau disebabkan "OVER MY DEAD BODY". Apakah implikasi tindakkan Cikgu Rahim? Adakah beliau sanggup bersekongkol melakukan apa saja untuk menidakkan perlaksanaan hukum hudud? Adakah ianya menunjukkan PAS begitu terdesak tunduk kepada DAP untuk mendapat sokongan undi bukan Melayu/Islam ? DAP tidak pernah tunduk atau menunjukkan tanda terdesak mereka untuk mendapatkan undi Melayu/Islam. Karpal pun tidak pernah menarik balik apa yang telah beliau ucapkan. Kepada kawan-kawan dalam PAS saya minta untuk kita sama-sama memperhalusi ucapan Cikgu Rahim dalam clip video ini. Implikasi nya mungkin lebih hebat dari yang kita mungkin terfikir dengan sekali menonton video tersebut....Sambung bacaan anda di sini..

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bay

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.   Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.   Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang banyak akan m