
1. Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Saya berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" digunakan di dunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain. Na'uzubillah!
2. Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik. Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.
3. Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian saya. Ini adalah kerana sebaik selesai Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Lim Kit Siang, anak lelakinya dan beberapa pemimpin DAP.
4. Kita semua tahu hubungan rapat Lim Kit Siang, anak lelakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Lim Kit Siang sanggup memecat seorang tokoh pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal, Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Lee Kuan Yew, PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu. Fan Yew Teng telah pun meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini.
5. Persoalan besar yang timbul sekarang ialah masakan begitu baik Lee Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada? Saya cukup pasti dengan politiking licik bak belut Lim Kuan Yew, sudah pasti dia akan memaklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk menggunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka.
6. Saya cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks dan liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.
7. Begitu juga pada tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal dan beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. Wee Choo Keong semasa berbahas dalam Parlimen (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar (Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).
8. Semasa saya menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan surat akuan palsu daripada Azizan dan Ummi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Ummi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal Singh sebagai saksi.
9. Malahan setelah tragedi pembohongan 16 September 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal Singh membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".
10. Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Karpal Singh dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks dan liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Lee Kuan Yew jelas didedahkan dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Lee Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat.
11. Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada saya, Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang saya khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage.
12. Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal Singh sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ia ditangguh, lagi banyak ia memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.
13. Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Lim Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Lim Kit Siang?
14. Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hidup. Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrem walaupun pemimpin itu diisytihar dan ditabal sebagai anugerah tuhan. Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan. Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara ini?
15. Pada saya, sebenarnya kedua-dua pemimpin DAP dan Anwar saling menggunakan dan memperkudakan demi kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang saya nampak, akibat daripada kerakusan segelintir "pak janggut" dan golongan penyembah Anwar dalam Pas, mereka telah mengheret Pas dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Bagi golongan ini, kepimpinan Pas bawah Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan Pas. Hanya semata-mata kerana penyokong sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.
16. Pada saya , "pak janggut" ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan Pas diperkudakan oleh kepimpinan DAP dan Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli Pas untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang.
17. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas berbahas dan berbincang untuk sama ada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas tidak tahu pun kewujudan Perjanjian Syaitan itu!
18. Saya berdoa dan berharap agar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak turut yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus ke dalam lubang biawak. Nasihat ikhlas saya, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah ke pangkal jalan.
19. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan al Quran dan sunah. "Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu." Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada saya dan kesemua umat Islam.
Comments
Dulu dia antara org yg plg taksub dgn nuar..Smpaikan umi hafilda sebt dia ni PEGUAM TAKSUB yg kalau tgk muka umi pon terus nk mrh..Punya la dia taksub kepada nuar..Tp mujurla zul ni msh guna akal yg Allah anugerah pd dia..
Isu kalimah Allah, Ktuanan Melayu, Penindasan Melayu di Penang dll benar2 membuka mata yb zul utk kembali pngkal jln..
Kupasan saudara sangat bernas dan teliti.
Sy juga berdo'a saudara dan sahabat2 kita dlm PAS bangun membetulkan pimpinan sekarang dgn membuang semua geng yg sesat dan menyesatkan.
Masih ramai lagi Ustaz2 dlm PAS yg teguh iman mereka serta dapat mengembalikan perjuangan suci memertabatkan Islam di Malaysia ini bukan si Dayus2 dan syaitan2 Nik Aziz dan A Hadi Awang sahaja.
Aku tau la hang mai dari Baling...,tapi jangan la bagi nampak sangat ke ULU an hang tu... Pi cari translator lekaih...cepat! jangan lupa pakai kasuit...
agbr47: Syukur Allah telah menyelamatkat negara dari kuasa manusia songsang.
agbr47: Kecik-kecik tak mahu sekolah. Dah besar menyesatkan orang.
kampong bukit ketil,weng dalam...sekolah pun kat weng..
tapi tak la sebodoh mad balin ni.
oghang kedah gelarq bodoh mad balin ni ..BODOH PIANG..cerdik buah peliarq...
bijak tak bolih ditumpang..bodoh tak bolih di ajarq...
kalu dekat2 mau saja aku bagi penamparq.
Dahlah kaki penipu, kaki auta, tukang adu domba, tukang fitnah, tukang aibkan org dan macam2 kaki lagi.
Eh, lupa pulak, memang perangai dia dgn umno ni macam adik beradik kembar seiras, he he.
Teruskanlah zul, sampai nyawa kau disentap dek malaikal maut. Jam tu baru ko tau (kata Ahmad Nesfu).
Eee, takut.
Hang ni tolol ka? Hang nak kata orang fitnah hang sendiri percaya kat PAS tu mcm lah PAS tu ada bukti?
Kalau hang nak tau dulu tahun 1997 PAS dan DAP lah cukup kuat canang satu MALAYSIA dok habaq ANWAR kaki jubur (maklumlah Anwar masa tu dalam UMNO), perkataan ALJUBURI tu pun adalah gelaran PAS kepada ANWAR kalau hang nak tau lah. Kalau Hang rasa tak puas hati hang pi tanya lah orang2 lama PAS tu terutama MAT SABU, MAHFUZ dan ramai lagi. Hang suruh depa sumpah laknat menafikan yang depa semua tak pernah jaja cerita ANWAR kaki JUBUR sekitar tahun 1997. Hang marah zul aibkan orang tapi Hang ada marah puak2 PAS aibkan orang? Hang marah lak si ZUL adu domba kan orang tapi HANG tak tengok PAS mengadu domba kan orang? PAS lagi HAPRAK janji mcm taik, aku duk tunggu KILANG ARAK dekat SHAH ALAM tu tak tutup2 lagi dah 2 tahun dah PAS berkuasa secara bersama dengan DAP dan PKR. Takut ke nak tutup? apa PAS pusing cerita kilang ARAK tu? apa HASIL dari cukai ARAK tu? dah HALAL ke sekarang? so kesimpulannya UMNO dan PAS tak ada beza, cuma sebuah parti politik. DULU UMNO partner dengan MCA di kata kafir, sekarang PAS partner dengan DAP? tak ke kafir gak? dulu HARAM hasil cukai ARAK masa UMNO perintah SELANGOR sekarang ni jadi HALAL ke? Bukak lah sikit mata tu cuba fikir dalam2 sikit. PAS tu tak ada beza pun dengan mana2 PARTI POLITIK dalam malaysia ni.
aku tak sokong pas bukan sbb benci islam. atas kertas kerja dia, dalam ceramah mmg islam tapi pelaksanaan, condongnya ke mana. hina umno ngan mca, tapi umno ngan mca, umno lebih dominan.. dap ngan pas ?. macam macam lagi pendirian dia berubah bila nak meraih undi..