
PUTRAJAYA, 13 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.
“Ya memang... saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Globalizing Malaysians in 2020” di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini. Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.
Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi. Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang.
“Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim,” katanya. “Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda,” katanya. — Bernama
Comments
Saya juga tertarik dengan article dari "http://www.canadafreepress.com/index.php/site/article/what-harper-can-teach-obama-the-case-of-anwar-ibrahim/". Tidak ada blog yang comment isu ini.
Article tersebut menyentuh:
1. Anwar Ibrahim chooses evil, and, contra Secretary Clinton, the West has a responsibility to challenge him, not to coddle him.
2.And the administration cannot claim ignorance on the issue, either. The Bureau of Immigration and Customs Enforcement (ICE) noted for the record in a 2003 affidavit that Anwar was listed as a trustee of the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) on federal tax forms going back at least to 1982. WAMY was founded half a century ago by the Saudis to spread Wahhabism around the world. “The Kingdom provides us with a supportive environment that allows us to work openly within the society to collect funds and spread activities,” according to WAMY trustee Abdul Wahab Noorwali. “It also provides us with protection abroad through Saudi embassies and consulates, in addition to financial support.”
agbr47: Makin ramai pelawat di bawa masuk ke Malaysia, makin banyak pula pehak akhbar negara tersebut mengimbal balas. Apakah DS Najib telah berjaya berkonspirasi se entro dunia? Berapa billon mahu bayar?
Maka tidak hairanlah pemimpin2 negara luar sehingga kini memerlukan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan menjemput beliau untuk menyampaikan ucaputama dan memberi buah fikirannya kepada penuntut university di negara mereka.
Alhamdulillah.
menekan Malaysia.Kita haruslah berhati-hati dengan menjalankan urusan dengan jiran keparat ini.Ingat perjanjian air,tanah KTM .Pulau Batu Putih dan banyak lagi yang merugikan Malaysia.Kita harus bijak menangani negara ciput dan kiasu ini.