Skip to main content

Isu WikiLeaks Anwar Ibrahim : Mahathir Mula Menyerang

Belum sempat Anwar Ibrahim mahu bernafas - sekali lagi beliau dilayak secukupnya, apabila Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa, beliau juga yakin Lee Kuan Yew sebenarnya mengetahui secara terperici "tabiat sonsang Anwar Ibrahim" itu, selama ini. Pembabitan nama Lee dalam isu liwat Anwar Ibrahim, bakal membuka lembaran baru terhadap kebenaran yang sangat didambarkan oleh Saifu Bukhari Azlan. Bahkan, tidak mustahil Menteri Mentor Singapura tersebut, berkemungkinan akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah, berhubung maklumat yang disampaikannya kepada perisik Singapura berkenaan Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat. Mari sama kita tunggu episod yang menarik ini sehingga habis. Baca laporan di bawah :

PUTRAJAYA, 13 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.

“Ya memang... saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Globalizing Malaysians in 2020” di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini. Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.

Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi. Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang.

“Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim,” katanya. “Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda,” katanya. — Bernama

Comments

Tuan,S

Saya juga tertarik dengan article dari "http://www.canadafreepress.com/index.php/site/article/what-harper-can-teach-obama-the-case-of-anwar-ibrahim/". Tidak ada blog yang comment isu ini.

Article tersebut menyentuh:
1. Anwar Ibrahim chooses evil, and, contra Secretary Clinton, the West has a responsibility to challenge him, not to coddle him.

2.And the administration cannot claim ignorance on the issue, either. The Bureau of Immigration and Customs Enforcement (ICE) noted for the record in a 2003 affidavit that Anwar was listed as a trustee of the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) on federal tax forms going back at least to 1982. WAMY was founded half a century ago by the Saudis to spread Wahhabism around the world. “The Kingdom provides us with a supportive environment that allows us to work openly within the society to collect funds and spread activities,” according to WAMY trustee Abdul Wahab Noorwali. “It also provides us with protection abroad through Saudi embassies and consulates, in addition to financial support.”

agbr47: Makin ramai pelawat di bawa masuk ke Malaysia, makin banyak pula pehak akhbar negara tersebut mengimbal balas. Apakah DS Najib telah berjaya berkonspirasi se entro dunia? Berapa billon mahu bayar?
Abdul Hayee said…
Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin sejati yang memiliki pemikiran yang tajam. Dalam ucapannya kepada golongan pelajar dia selalu memberikan imput2 yang sesuai dengan pelajar-pelajar.

Maka tidak hairanlah pemimpin2 negara luar sehingga kini memerlukan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan menjemput beliau untuk menyampaikan ucaputama dan memberi buah fikirannya kepada penuntut university di negara mereka.

Alhamdulillah.
Anonymous said…
Isunya disini ialah apakah tujuan Singapork merisik dan memantau pemimpin-pemimpin Malaysia tak kira pemerintah atau pembangkang apakah tujuannya adakah untuk dijadikan senjata memeras ugut dan
menekan Malaysia.Kita haruslah berhati-hati dengan menjalankan urusan dengan jiran keparat ini.Ingat perjanjian air,tanah KTM .Pulau Batu Putih dan banyak lagi yang merugikan Malaysia.Kita harus bijak menangani negara ciput dan kiasu ini.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bay

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.   Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.   Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang banyak akan m