Skip to main content

Isu Karpal Singh : Selamat Datang Hari Celaka!

Saya terpesona dengan tulisan Susan Lim dalam portal Malaysia-Instinct berhubung pengakuan Karpal Singh yang pernah meminta kerajaan agar menyiasat skandal seks songsang Anwar Ibrahim dengan segera, namun demikian pada hari ini beliaulah satu-satunya peguam Anwar yang sangat ke hadapan membela Ketua Pembangkang tersebuat bermati-matian, baca tulisan menarik tersebut : PADA TAHUN 1997, Karpal Singh pada persidangan Dewan Rakyat menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Dalam ceramah DAP pada tahun yang sama di Hotel Federal kemudiannya, beliau mendakwa mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang itu. Hari ini, dia membela Anwar dari tuduhan tersebut pula.

Jadi, adakah Karpal benar-benar percaya yang Anwar bersalah pada waktu itu? Adakah Karpal benar-benar mempunyai bukti mengenai salah laku seks Anwar? Apakah Karpal menipu di Parlimen? Apakah Karpal menipu dalam ceramah DAP? Atau apakah Karpal sedang menipu hari ini? Memandangkan Anwar telah didapati bersalah dalam kes liwat I, dengan ketiga-tiga hakim mengesahkan bahawa mereka percaya Anwar terlibat denganaktiviti homoseksual, maka sahlah juga bahawa Karpal TIDAK berbohong di Parlimen apabila membuat dakwaan Anwar meliwat.

Namun hari ini, Karpal menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuatnya terhadap Anwar ketika itu hanyalah atas dasar kedudukannya sebagai pembangkang di Parlimen. Dalam erti kata lain, Karpal menyatakan bahawa dia telah menipu di Parlimen hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi DAP. Jika benar, maka ia juga bermakna Karpal juga telah menipu dalam ceramah DAP bahawa dia mempunyai bukti terhadap salah laku Anwar tersebut.

Kesimpulannya Karpal adalah seorang penipu. Hari ini atau pada waktu itu, dalam hal ini atau dalam yang terdahulu, Karpal, seorang pemimpin DAP telah menipu seluruh rakyat Malaysia. Apakah ia satu kebiasaan, sesuatu yang boleh diterima dalam perlakuan politik Pakatan Rakyat untuk mengemukakan pembohongan yang nyata kepada rakyat demi untuk meraih sokongan? Jika menipu mengenai fakta dan angka bukan perkara besar dalam PR dan mengira bahawa rakyat menerima penipuan sebagai satu ‘strategipolitik yang bijak’, entah apalagi perkara lain yang dibohongi oleh DAP, PKR dan PAS terhadap rakyat?

‘Berbohong’ adalah satu penyakit. Ia boleh merebak dan membahayakan sesiapa yang berjangkit. Satu pembohongan seringkali membawa kepada pembohongan yang lebih besar sehingga semuanya musnah sama sekali. Anwar adalah pembawa virus penipu ini, begitu juga Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan mereka berdua tidak dapat dipulihkan lagi. Kini, kita tahu bahawa Karpal juga telah berjangkit dan tidak dapat dipulihkan.

Apa yang Karpal boleh lakukan untuk terus hidup ialah meneruskan pembohongan. Berjaga-jagalah kerana pembohongan Karpal seterusnya pastinya lebih besar dan memudaratkan. Perkara terburuk sering bermula dengan satu penipuan ‘sunat’, dan penipuan‘haram’ pastinya membawa kepada sesuatu yang jauh lebih buruk dari yang terburuk. Mungkin pemimpin PR yang telah disahkan dijangkiti penyakit 'berbohong' perlu dikuarantin untuk memastikan penyakit ini tidak merebak. Semakin banyak pemimpin seperti ini bercakap, semakin merbahayalah mereka bukan sahaja kepada negara, tetapi juga kepada parti mereka sendiri juga.

Comments

Pokok said…
salam tuan azli,

dalam hal karpal singh ni.. saya agak terkeliru, adakah dia layak menjadi peguambela kepada DSAI? memandangkan satu ketika dia pernah menuduh dan mahu mengheret DSAI ke depan, tapi kini dia menjadi peguam bela. rasanya ada sesuatu yang berlaku antara DSAI dengan karpal singh.

em.. rasanyer ni lah PERANGKAP yang disebut oleh Lee Kuan Yew, PERANGKAP OLEH DAP,
azlishukri said…
hang nadim, tepat sangkaan tuan itu

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendeng
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca