
Bukankah sebelum ini Datuk Seri Khir Toyo juga pernah dikenakan tindakan yang sama, apabila digantung daripada Dewan Undangan Negeri Selangor selama setahun? Di mana Aziz Bari ketika itu? Mengapa tidak dibela Khir Toyo atas semangat demokrasi yang digembar-gemburkan sangat oleh Aziz Bari tersebut? Jawapan saya, boleh bla Aziz Bari - nama sahaja profesor dalam undang-undang, tetapi fikiran masih kelas ketiga. Inikah jenis profesor harapan negara? Apabila terkena batang hidung parti pembangkang, cepat-cepat dibelanya atas nama demokrasi, tetapi apabila perkara yang sama berlaku ke atas Barisan Nasional/UMNO, Aziz Bari diam seribu dan lari entah ke mana.
Sewaktu Anwar Ibrahim cuba melakukan rampasan kuasa melalui perancangan 16 September - orang pertama yang mendakwa bahawa perancangan Anwar tersebut sah di sisi undang-undang ialah profesor serba tahu ini. Tetapi, tidak sampai beberapa bulan selepas itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tumbang, apabila tiga wakil rakyatnya bertindak menyokong Barisan Nasional, sekali gus PR hilang kuasa untuk mentadbir negeri Perak - dan orang pertama yang melalak kononnya tindakan tersebut tidak demokratik, tidak sah di sisi undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat ialah profesor serba tahu ini juga.
Soalnya, apakah profesor seperti ini boleh lagi kita percayai pandangan dan kenyataannya? Sedangkan sudah terbukti beliau lebih mementingkan agenda Pakatan Rakyat daripada bersandarkan kepada kebenaran dan ilmu yang dimilikinya. Saya fikir, negara akan terus mengalami kerugian modal insan dengan kelahiran profesor seperti ini. Wallahualam. Baca berita di bawah :
KETUA PEMBANGKANG SELANGOR Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.
SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.
Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan. Katanya empat ADUN itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil BN.Selain kesalahan tidak menghadiri sesi pendengaran awam itu, Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.
Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang itu, juga dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu.Bagaimanapun, beliau mencadangkan semua hukuman terhadap Dr Khir itu dijalankan secara serentak. Teng berkata hukuman itu adalah berdasarkan kepada kes-kes penggantungan beberapa ahli-ahli Parlimen sebelum ini.Katanya hasil mesyuarat JKHK itu akan dibentangkan sebagai usul untuk dibahaskan pada persidangan DUN yang dijangka diadakan Julai ini.
Comments
Banyak Prof2 yg pro BN yg selalu masuk dlm TV, bang Azli tak komen pun.
Yg paling hebat prof India botak dari USM tu, setiap kali bagi komen, peh, dialah org yg paling hebat dlm dunia ni.
Saya pulak paling menyampah dan meluat dengan prof india botak tu.
Jangan marah bang.
Kongsi2 lah sorang sikit.
Sebab tu fukatan bodo, bila pulak benda bodoh jadi berguna ?
Nampak sangat bodoh kah kah kah
Lu ingat lu kerja dengan kerajaan fuckatan ke !! selama ini kerajaan mana yang bayar gaji lu,,??? selama ini siapa yang martabatkan jawatan lu???
buto lu la jis !!!! komen boleh komen tapi jangan bias. setidak tidaknya kenanglah tangan yang dah memberi. Kalau dah tangan yang memberi itu hina , tangan yang menerima itu 100 kali lebih hina ..
BUTO LU LAH JIS
kalau mcm ni la perangainya alamat jahanamlah nasib pelajar2 kita.
Azli bkn mrh pd dia tas kapasiti BATANG TUBUH tp mrh dia ats comment dia..X kish la dia nk ckp ape pon tp biar la berprinsip..
Kn azli 2 dh ckp, nape dlm isu khir toyo yg digantung setahun lgsg prof kangkung ni x bersuara..Bkn ke 2 pon dinamakan MEMBUNUH DEMOKRASI@ DEMORASI SIMPANG SIUR yg mcm mamat 2 ckp..
Ko berckp pasal prof india botak..Aku tau ko mksdkan Prof.Sivamurugan Padian..Beliau 2 adalah antara prof BUKAN MELAYU yg CELIK SEJARAH..Mcm Prof Khoo Kay Kim..Pandangan dia aku x nmpk 100% pro-bn mcm yg prof kangkung sorg ni..Ko tau dia dia pon pnh hadir dl konvensyen2 yg PR buat..Sm la mcm Prof.Abu Hassan Hasbullah Zentrum for Future Studies..Dia selalu menyuarakan apa yg bertentangan dgn arus perdana walau dlm RTM sekalipon..Smpaikan ramai pencacai PR puji melelh..
Tp ms dia dijemput bentag kertas kerja di Pusat PAS ditmn melewar dia bentang statistik mengatakan sokongan melayu pd pas jauh merosot, spontan je dia kena boo..Trus dia dilabel anjing bn..Nsb sm serupa menimpa SS Tan Sri Harussani...Memula puji meleleh pas 2 hentam rapat smpai ke dinding hanya bila x sefahaman dgn kita..Padahal diaorg yg tersenarai di tas msh blh dileaskan sbgai NEURAL LG..
begitu la jugak kes pemilihan cabang PKR yg penuh dgn kontroversi dan tipu muslihat....xde satu pun komen dari pro aziz ni pasal pemilihan tue..
selepas pemilihan tue..hari2 saya beli sinar harian nak tgok komen beliau pasal pemilihan tu...tapi xde..
sebelum ni bukan main bangga lagi katanya PKR adalah satu2nya parti yg mengamalkan satu undi satu ahli...parti yg paling demokratik dan telus....last sekali tgok la apa yg jadi...
dah sah mamat ni tali barut PR...apa yg xkena pada BN senang2 dia nak hentam....tapi bila kena PR...dia buat bodoh..
tapi tahniah la ..sbb pangkat prof ni dah jadi 21 tahun bukan lagi 20 tahun....tapi otaknya masih mundur..
wu di...
jom join http://mazha-2010.blogspot.com/2010/12/jom-join-free-rival-untuk-sibukkan.html