
2. Bagi saya, jika betul, elok sangatlah Anwar digantung daripada Parlimen. Ini kerana kita tidak boleh membenarkan penipu besar seperti Anwar terus 'bermaharajalela' dengan pendustaannya di dewan yang mulia itu. Sejujurnya, saya tak nampak mengapa Anwar perlu mengaitkan Apco dengan 1Malaysia.
3. Ini kerana kerajaan menggunakan khidmat mereka SELEPAS gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri. Lagipun mengapa yang Anwar nak marah sangat? Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pembangkang juga turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung wakil rakyat BN, jadi salahke jika Anwar juga berhadapan dengan benda yang sama?
4. Adakah Anwar nak beritahu semua orang yang dia dan orang-orangnya 'untouchable'? Berbalik kepada isu Apco ini, izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak mengenainyan Pada tahun 2009, Apco diminta untuk membantu kerajaan Malaysia selain berkongsi pengalaman mengenai pembangunan komunikasi strategik di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.
5. Tugas-tugas yang dilaksanakan Apco termasuklah memberikan khidmat sokongan komunikasi dalam pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia termasuklah mewujudkan pekerjaan, mempromosikan pendidikan dan memantapkan penyampaian pelbagai bentuk khidmat kepada rakyat.
6. Konsep 1Malaysia dilahirkan oleh Perdana Menteri sebelum menggunakan khidmat Apco. Apco tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, konsep berkenaan digubal dan diumumkan sebelum khidmat Apco diambil. Kita perlu ingat, Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia.
7. Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel seperti yang disangkakan. Kita semua kena sedar, untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.
8. Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Sebagai sebuah organisasi berteraskan komunikasi dan perhubungan awam, Apco semestinya mengutamakan profesional tanpa dipengaruhi sebarang ideologi. Tidak dinafikan terdapat penasihat yang mempunyai kaitan dengan Israel dalam Apco, bagaimanapun ia tidak bermaksud Apco merupakan satu organisasi yang berorientasikan Israel.
9. Justeru, tindakan melabelkan Apco sebagai syarikat berkaitan Israel hanya kerana tiga penasihatnya berkenaan tidak lebih dari bertujuan menghasut rakyat. Dan sebagai orang yang sering menghasut rakyat, Anwar sebenarnya patut dihalau lebih awal dari Parlimen!
Comments