“PAS sudah berjuang lama termasuk ketika Anwar masih di dalam UMNO lagi. Kita lebih bersedia menjadi ketua pakatan pembangkang dan mengetuai kerajaan pun, kenapa pula Anuar nak tentukan Lim Kit Siang jadi TPM,” katanya kepada New Straits Times (NST). Dalam temubual dengan NST pada 13 November lalu, Zaid menamakan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pemimpin berpotensi menerajui pakatan pembangkang.
Ahad lalu, sebuah akhbar harian berbahasa Melayu melaporkan Anwar memaklumkan kepada wartawan Cina beliau mengesahkan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.Pakatan pembangkang bersetuju secara tidak rasmi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri dan sewajarnyalah dia(Anwar) mengikut pendapat PAS sebelum menentukan apa-apa keputusan
Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut langsung nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual dengan wartawan Cina. Harun berkata, pakatan pembangkang belum pernah berbincang atau memutuskan siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa depan, malah menganggapnya tidak perlu dibincangkan ketika ini kerana tidak mahu menyinggung perasaan rakan dalam pakatan rakyat.
Katanya, masih terlalu awal untuk menjanjikan DAP jawatan tertinggi dalam kerajaan memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 belum berlangsung dan ketika ini pun pakatan agak rapuh disebabkan pergolakan dalam PKR yang belum pulih.“Anwar tidak mempunyai hak langsung. Hanya keputusan pilihan raya boleh menentukan siapa akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Comments
Nnti lepas kena sound dgn nuar dn nik aziz dato suma pon diam..Apa ni Dato'???
Dato berjuang ats nama Allah atau ape??
Bkn ke ramai ulama zaman silam dipenjara kerana berkata BENAR..Kalau mcm ni la sikap Dto dgn Dato Haron Din x slh la kalau org lain pon anggap Dato pon ulama bisu..
Jgn hanya harang dgn sesama islam(umno) tp kecut telur dgn DAPig dn nuar..
jawaplah diakhirat nanti.
kalau kita jujur,selamat
kalau tak jujur,azab laa jawapnya
tak payah nak yibuk leee. bab TPM tuuu bukan kejer mung.
Masalah utama yang melanda PAS ialah ahli PAS diajar supaya taksub pada pemempin mereka. Mereka diajar bahawa mempertikaikan pemimpin mereka samalah seperti mempertikaikan ugama.
Semua orang tahu bahawa dulu PAS cakap salah untuk UMNO jalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam pilihanraya. Siap keluar fatwa haram undi MCA dan MIC.
Senanglah bercakap bila berada di Kelantan yang lebih 85% Melayu. Tetapi jika berada di negeri lain, kenyataannya mesti bekerjasama dengan bukan Melayu kerana mereka lebih kurang 45% dari jumlah pengundi.
Sekarang selamba ahli PAS nafikan fatwa pemimpin mereka. Saya pernah tanya seorang ahli PAS dan dia nafikan yang dulu pernah pemimpin PAS sebut benda benda katut begini.
Lantas saya tanya adakah beliau bersembahyang 5 kali sehari untuk menipu diri sendiri. Dia terdiam.
Sebenarnya PAS tahu peribadi anwar. Bukankah Mohd Sabu dulunya sibuk memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi". Siap cabar Dr Mahathir untuk pecat anwar pula.
Kini PAS terana pahitnya jalin hubungan dengan Anwar, seorang ahli politik melayu paling tak guna pernah ujud. Semasa dalam UMNO, Anwar mempopularkan budaya rasuah wang.
Siapa tidak tahu bagaimana ia tumbangkan Tun Ghaffar. Allahyarham Tun Ghaffar enggan gunakan kedudukan dan wang untuk pertahankan kedudukan beliau. Beliau tewas tetapi saya masih hormat beliau kerana pertahankan maruah dan enggan merasuah untuk jawatan.
Menerima pandangan Anwar tentang rasuah, kronisma, nepotisma samalah seperti meminta pandangan Zionis tentang perlunya hak rakyat Palestin dihormati.
Semua dah setuju ke?