Skip to main content

"Anwar Tiada Hak Tentukan Siapa TPM" - Ketua Dewan Ulama PAS

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak untuk menentukan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang berkuasa, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.Beliau berkata, PAS sudah bersedia memegang jawatan Ketua Pembangkang seperti yang dicadangkan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini.

“PAS sudah berjuang lama termasuk ketika Anwar masih di dalam UMNO lagi. Kita lebih bersedia menjadi ketua pakatan pembangkang dan mengetuai kerajaan pun, kenapa pula Anuar nak tentukan Lim Kit Siang jadi TPM,” katanya kepada New Straits Times (NST). Dalam temubual dengan NST pada 13 November lalu, Zaid menamakan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pemimpin berpotensi menerajui pakatan pembangkang.

Ahad lalu, sebuah akhbar harian berbahasa Melayu melaporkan Anwar memaklumkan kepada wartawan Cina beliau mengesahkan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.Pakatan pembangkang bersetuju secara tidak rasmi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri dan sewajarnyalah dia(Anwar) mengikut pendapat PAS sebelum menentukan apa-apa keputusan

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut langsung nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual dengan wartawan Cina. Harun berkata, pakatan pembangkang belum pernah berbincang atau memutuskan siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa depan, malah menganggapnya tidak perlu dibincangkan ketika ini kerana tidak mahu menyinggung perasaan rakan dalam pakatan rakyat.

Katanya, masih terlalu awal untuk menjanjikan DAP jawatan tertinggi dalam kerajaan memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 belum berlangsung dan ketika ini pun pakatan agak rapuh disebabkan pergolakan dalam PKR yang belum pulih.“Anwar tidak mempunyai hak langsung. Hanya keputusan pilihan raya boleh menentukan siapa akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Comments

To Live Again said…
Hhahah ckp la ape pon Dato'..Apa yg Dato blh buat..Sy tgk Dato' ni pon sm je dgn Dato' Haron Din..Mula2 tunjuk mcm membangkang dlm PR..Sm la dlm isu kalimah Allah, UG, dn kini hal lim kit sial nk jd tpm..

Nnti lepas kena sound dgn nuar dn nik aziz dato suma pon diam..Apa ni Dato'???
Dato berjuang ats nama Allah atau ape??

Bkn ke ramai ulama zaman silam dipenjara kerana berkata BENAR..Kalau mcm ni la sikap Dto dgn Dato Haron Din x slh la kalau org lain pon anggap Dato pon ulama bisu..

Jgn hanya harang dgn sesama islam(umno) tp kecut telur dgn DAPig dn nuar..
Anonymous said…
memang benar "to live again".kalau dlm hati kita ada sesuatu yg kita tak ikhlas dan jujur,TUHAN mengetahui segalanya.ini bermakna kita lebih takukan undang2 dunia drp hukum TUHAN.
jawaplah diakhirat nanti.
kalau kita jujur,selamat
kalau tak jujur,azab laa jawapnya
Wanredone said…
Kesian PAS! Tapi aku sokong Anwar Al Juburi Liwati bin Ibrahim 100% kalau nak lantik Lim Kit Siang Malam sebagai TPM. LKS(M) memang layak, malahan satu-satunya ANUGERAH Allah SWT untuk menjadi TPM memerintah umat ISLAM SeMalaysia.... Hadi Awang, apa dia tahu pasal pemerintahan..... Lim Kit Siang Malam dah bagi tahu .... PAS memerintah Terengganu pun tak sampai penguh penggal! Lim Kit Siang Malam, kalau nak compare ilmunya dalam islam, Nik nAJIS pun boleh tengelam! So... LAYAK...LAYAK...LAYAK. Syabas Anwar Al Juburi Liwati bin Ibrahim
Anonymous said…
alang-alang nak lingkup, baik pelingkup perabis. Lepas tu, guna perlembagaan, kita bina baru yang lebih islam dan melayu.
Anonymous said…
harun taib tak payah nak komen2 pasal tuuu le. Baiki dulu perangai orang Pas di Terengganu... masih ramai lagi yg tak solat Jmaat di masjid kerajaan. tiap kali solat JUmaat mereka ke surau, markaz yg diisytihar masjid...

tak payah nak yibuk leee. bab TPM tuuu bukan kejer mung.
Dot said…
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib cuma boleh protes dlm ucapannya sajalah sedangkan murshitdoll hamppas dah bagi green light! apa crita?
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Masalah utama yang melanda PAS ialah ahli PAS diajar supaya taksub pada pemempin mereka. Mereka diajar bahawa mempertikaikan pemimpin mereka samalah seperti mempertikaikan ugama.

Semua orang tahu bahawa dulu PAS cakap salah untuk UMNO jalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam pilihanraya. Siap keluar fatwa haram undi MCA dan MIC.

Senanglah bercakap bila berada di Kelantan yang lebih 85% Melayu. Tetapi jika berada di negeri lain, kenyataannya mesti bekerjasama dengan bukan Melayu kerana mereka lebih kurang 45% dari jumlah pengundi.

Sekarang selamba ahli PAS nafikan fatwa pemimpin mereka. Saya pernah tanya seorang ahli PAS dan dia nafikan yang dulu pernah pemimpin PAS sebut benda benda katut begini.

Lantas saya tanya adakah beliau bersembahyang 5 kali sehari untuk menipu diri sendiri. Dia terdiam.

Sebenarnya PAS tahu peribadi anwar. Bukankah Mohd Sabu dulunya sibuk memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi". Siap cabar Dr Mahathir untuk pecat anwar pula.

Kini PAS terana pahitnya jalin hubungan dengan Anwar, seorang ahli politik melayu paling tak guna pernah ujud. Semasa dalam UMNO, Anwar mempopularkan budaya rasuah wang.

Siapa tidak tahu bagaimana ia tumbangkan Tun Ghaffar. Allahyarham Tun Ghaffar enggan gunakan kedudukan dan wang untuk pertahankan kedudukan beliau. Beliau tewas tetapi saya masih hormat beliau kerana pertahankan maruah dan enggan merasuah untuk jawatan.

Menerima pandangan Anwar tentang rasuah, kronisma, nepotisma samalah seperti meminta pandangan Zionis tentang perlunya hak rakyat Palestin dihormati.
Anonymous said…
semua angan-angan taik kucing.. belum memerintah.. dh kecoh.. klu dh perintah.. xtau ape jadi.. rase setiap pakatan ade 3 perdana menteri dan 3 timbalan perdana menteri mewakili setiap parti.. hancuss
Anonymous said…
Bagaimana pula hak menjadi PM?
Semua dah setuju ke?
Anonymous said…
Orang-orang biasa macam kita ni dah lama nampak benda ni coming. Anwar taklah tergila-gilakan sangat dengan PAS ni. Napelah pemimpin PAS ni lambat sangat nak nampak? Baru sekarang nak nampak? Agaknya pandangan orang yang duk kat atas ni lain daripada pandangan orang yang kat bawah.

Pilihan Pembaca

Sampai Bila Najib Mahu Berlembut?

Alangkah baik, sekiranya Datuk Seri Najib boleh berkata begini, "Ok Anwar Ibrahim, aku sanggup jadi saksi pembelaan kes kamu, tetapi dengan satu syarat! Kamu bersumpah dengan nama Allah terlebih dahulu bahawa kamu benar-benar tidak meliwat Saiful - sahut cabaran ini dahulu. Lepas itu baru kamu boleh dakwa aku "cool" atau pun tidak!". Pada hemat saya - kerajaan pimpinan Najib perlu agresif menyerang Pakatan Rakyat - jangan biarkan pelbagai isu dimanipulasi oleh mereka dengan sesuka hati. Para pemimpin UMNO jangan tidur - tolong buka mulut dan jawab tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya. Para pemimpin UMNO sangat lemah dan tidak bertenaga dalam menjawab isu-isu semasa. Najib dan Hishamuddin jangan lembik sangat - tolong keras sikit! Baca berita di bawah: TINDAKAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dia

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Usahawan Siput : Biar Lambat Asal Selamat

SIPUT MAMPU TIDUR ANTARA TIGA HINGGA EMPAT TAHUN. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. Hanya dengan tidur, siput berupaya mempertahankan kelembapan yang berada di tubuh mereka. Tanpa cairan atau persekitaran basah, mereka akan mati.    Apakah maksud semua ini kepada kita? Biar pun perniagaan kita kelihatan lembab dan lambat bergerak seperti bisnes orang lain, tetapi jika kita tahu kekuatan dan kelemahan bisnes yang kita dilakukan, inshaAllah kita boleh sustain walaupun untung sedikit setiap tahun.    Selalu ingat, tujuan berniaga bukanlah mengejar untung yang banyak untuk jangka masa pendek, sebaliknya sejauh mana kita mampu bertahan dan sentiasa berkembang. Biar mampu bertahan dengan keuntungan yang sedikit, daripada untung 'mengejut', esok lusa rugi semula.    Usahawan bijak adalah yang kenal pelanggannya, kenal persekitarannya dan kenal kelebihan dirinya. Siput tidak mampu mendengar dan melihat dengan baik. Mereka bergant