Skip to main content

Anwar Hilang Pengaruh

Liputan negatif media ke atas krisis dalaman PKR yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

university malaya survey on pkr 091210 anwar relevenceBerikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak PKR pada pilihan raya akan datang. Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkrDaripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Kebenaran Di Dalam Kotak Kaca

ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno. Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12. Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang. Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat. PAS menyertai kerjasama Pakata

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil