
Zuraidah Kamaruddin
Menghina Lagi
KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti. "Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun. Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. - BERNAMA
1. Saya sangat sedih dengan penghinaan terbaru Zuraidah yang menganggap bekas ahli-ahli PKR yang telah keluar daripada parti tersebut boleh dianggap sebagai "anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan terencat akal". Bahkan lebih jauh daripada itu, Zuraidah sanggup mendakwa mereka yang lompat keluar daripada PKR, boleh diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Nauzubillah minzalik. Lihatlah, inilah bentuk, cara dan akhlak Ketua Wanita Keadilan yang kononnya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.
2. Soalnya sekarang, apakah seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down begitu hina pada kaca mata Zuraidah? Apakah ibubapa yang membela dan menjaga anak mereka yang mengalami sindrom down turut dilihat sebagai manusia yang hina-dina? Kiasan atau analogi yang digunakan oleh Zuraidah itu sangat tidak beretika dan sesuai. Sekali pun beliau ingin menghina ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut, tetapi gunakanlah kiasan yang betul dan lebih berlapik. Jika Zuraidah sanggup melabelkan ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut sebagai "kanak-kanak yang terencat akal", saya tidak mampu membayangkan apakah kiasan yang bakal digunakannya untuk melabelkan ahli-ahli UMNO pula. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
3. Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down - namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR lagi? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.
Comments
memang "anak istimewa" mereka tu tetapi tidak seistimewa anak-anak yang mempunyai masaalah kesihatan. Istimewanya mereka kerana mempunyai masaalah cara berfikir seperti yang bercakap tu sendiri.
Aku Yang Bingai
Ubat Tidur: Penggunaan yang menggerikan. 18SG
mokmek
Cher n Yiend...nak sokong PKR faham-faham lah nak pecahkan penguasaan melayu....Tetapi melayu bangang yang sokong PKR ni...sudah-sudah la...Dari DSAI masih dalam penjara, sampai nak masuk balik..
Sekali dia menghina makhluk Allah..., lihatlah begaimana cepat manusia lain menghina diri dia pulak...
Dibayar 'cash'....!!
Wassalam
MAAM.
Lihat kebodohan Zuraidah.
Dia kata PKR masih mudah 'baru 10 tahun'. Kalau lah Perikatan dalam tempuh 10 tahun selepas merdeka berakhlak seperti PKR. Jahanam Malaysia. Itu bukan alasan...
Lagi pun di ni dah nak MONOPAUSE !!!
http://suaratimur.blogspot.com/
Zuraidah, dinasihatkan buat lar solat Istikharah minta pada Allah betul ker jalan yg dipilih tu untk terus menyokong Juburi/Anwar. Nampak, zuraidah nih alim lar pakai tudung, pakai stokin lagi, Tapi bab mencaci org pun bukan main sedap jer!.
Kalau yer pun sayang kat Nuar Juburi tu, berpada2 lar nanti suatu hari bila pekong tu dah terbongkar, mana nak letak muka. Buat lar solat tu segera minta tunjukkan. Insya Allah akan diberikan gambaran dan petuanya.
Cuma nk pesan kat Zuraidah tu, YB Zul tu bila bercakap ada fakta dan beliau juga bekas peguam Nuar/Jburi tu. Sudah pasti lar bahawa barang2 bukti tu jelas, so ambik lar ia sebagai kesimpulan dan bertindak lar menjauhi dr org2 yg suka membuat maksiat dan onar, tapi jika anda pun keberatan maka mungkin anda pun gemar akan perbuatan itu... ... manalah tau, sbb PKR ini semua boleh....
1. Dr. Chandra Muzaffar tak mungkin seorang yang mengambil tindakan terburu-buru. Dia minta Anwar kembali ke pangkal jalan. Apa ertinya itu? Bukankah ini menunjukkan dia sudah tahu apa yang Anwar telah lakukan.
2. Sdra Ezam Mohd Nor Nor sanggup masuk penjara untuk membela Anwar yang pada mula disangka seorang penjuang yang betul2 berjuang untuk rakyat. Akhirnya apabila dia ketahui siapa Anwar sebenarnya melalui isterinya Wan Azizah Ismail tentang perangai buruk Anwar, dia bertindak keluar daripada PKR. Ezam juga telah mendapat maklumat sahih daripada Dato Nalla rakan karib Anwar selama 30 tahun.
3. Zahrain rakan rapat Anwar selama 30 tahun. Dia juga telah membongkar pembohongan Anwar di Parlimen sehingga Anwar terpaksa keluar dewan kerana tak tahan mendengar kebenaran yang diperkatakan oleh bekas rakannya.
4. Zulkifli bin Nordin bekas peguambela Anwar telah melepaskan bom atom di parlimen. Anwar tak berani nak jawap langsung.
5. Zainur Zakaria mantan peguambela Anwar juga telah meninggalkan bossnya.
Kalau nak dikira berpuluh-puluh lagi pemimpin2 PKR yang telah meninggalkan parti itu kerana tak dapat menerima Anwar sebagai pemimpin kerana moralnya yang amat jijik.
Tanya pemimpin2 PAS seperti Mat Sabu, Taib Azamuddin, Mahfuz Omar kerana mereka ini tahu siapa Anwar sebenarnya. Mat Sabulah yang mula2 membongkar tentang moral Anwar sebenarnya. Tak percaya dengar ceramahnya melalui kesetnya dalam tahun 1997.
Sebenarnya pemimpin2 PKR yang telah keluar ini telah insaf. Mereka tidak mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang bila bercakap mesti berbohong serta mempunyai moral yang sungguh menjijikkan. Mereka tidak mahu bersubahat dengan pemimpin cakap tak serupa bikin, pengkhianat kepada negara sendiri.
Mereka inilah sebenarnya pemimpin2 yang bijak. Mereka tidak mahu diri mereka terus diperalatkan oleh Anwar yang hanya bercita-cita ingin menjadi PM Malaysia.
Tetapi mereka yang terus menyokong Anwar setelah mengetahui perangai buruk Anwar sebenarnya telah menipu diri mereka sendiri.Cuba tanya diri sendiri soalan ini. Sanggupkan aku mempunyai PM seorang peliwat dan mengamalkan sex diluar tabii?
Mudah sangat nak tahu kebenaran ini. Cabar Anwar minta dia bersumpah mabahalah. Kalau dia tidak mahu dengan memberi berbagai alasan, maka SAH, TERANG DAN NYATA dia bersalah. Orang yang yakin dirinya benar pasti tidak takut melakukannya.
Berfikirlah semasak-masak mulai sekarang dan buat keputusan demi Agama, Bangsa dan Negara.
AKU - 15 TAHUN TERTIPU. TAK MAHU TERUS DITIPU.
Orang cerdik akan meninggalkan Anwar setelah mengetahui keadaan dia yang sebenarnya.
Itu sebab mereka yang cerdik ini meninggalkan Anwar. Mereka tak mahu terus jadi alat Anwar seperti penyokong2 PAS yang lebih dulu tahu siapa dia sebenarnya tetapi terus juga berdegil menyokong dia.